Hangat hari ini apabila ada seorang lelaki berjaya bida dengan harga tertinggi untuk lelongan aset usahawan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dengan harga RM 132,000, namun ia dibatalkan selepas lelaki itu menghilangkan diri.
Menerusi mStar Online, Nurul Hafidzah Hassan berkata, lelaki yang dikenali sebagai Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol itu tidak munculkan diri selepas bagi alasan keluar untuk draf bank selepas bidaan tamat.
Disebabkan itu, lelongan akan dilakukan sekali lagi pada minggu hadapan.
Alasan duit ada kat rumah
Kata Nurul Hafidzah, pembida itu mengatakan bahawa wang tunainya ada di rumah, jadi pihaknya mengatakan bahawa berikan sahaja dulu bank draf tetapi sehingga sekarang pembida itu tak muncul.
“Padahal bank draf kejap saja, kita syak pembida ini orang rapat kepada seorang lagi usahawan terkenal. Jadi bidaan gagal dan sesi lelongan akan dibuka semula minggu depan.”
Sebelum ini, Mohd Syazwan berjaya membida kesemua 39 barang Sajat di Kota Damansara.
Proses lelongan ini telah dibuat bagi menuntut pampasan RM 200,000 yang dibayar kepada Nurwati Hussin 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 daripada OWA Resources Sdn. Bhd selaku bekas stokis utama perniagaan bengkung.
Bidaan itu dibuat sebanyak 6 kali membabitkan lapan pembida sebelum ia berkurang kepada 3 orang yang bermula kira-kira pukul 10.30 pagi.
Sumber melaporkan bahawa pembida juga harus menyediakan wang tunai sebanyak RM 5,000 sebelum dibenarkan masuk ke kawasan rumah tersebut.
Baca : Kurang Dari 6 Jam, Lebih Separuh Harta Sajat Bernilai RM132,000 Telah Dilelong!