Niat nak membeli barang dan ingin bertanyakan mengenai produk jualan tetapi lain pula balasan yang pembeli ini terima apabila dia mesej penjual tersebut.
Dalam perkongsian di Thread itu, pembeli mahu bertanyakan beza ketiga-tiga warna handsock yang dilihat seakan sama kepada peniaga, tetapi peniaga tersebut dilihat seperti jengkel dengan pertanyaan itu dan memarahi pembeli tersebut.
Artikel berkaitan : “Rasa dulu baru judge” – Ramai ‘Complain’ Satu Kon Aiskrim RM 18, Peniaga Tampil Bagi Penjelasan
Artikel berkaitan : Pernah Tular Jual Ayam Goreng Kunyit RM20, Peniaga Kedai Makan Di Langkawi Didenda RM10,000
“Apa benda kau ni, beria sangat”
Pada mulanya pembeli anggap mungkin silapnya kerana hanya ‘terjah’ dengan soalan tanpa memberikan salam dan meminta maaf akan hal tersebut. Namun begitu, pertanyaannya tidak dijawab sehingga kini dan berkenaan dengan teguran yang mengatakan dirinya beria, pembeli ini akui kerana dia mahu membeli barang tersebut.
Menurutnya lagi, dia sudah meminta maaf kepada peniaga dan memberikan salam tetapi ia tidak berjawab juga sehingga kini.
Berdasarkan perbualan, peniaga tersebut bengang apabila pembeli itu bertanyakan soalan dengan memberikan tanda soal yang berlebihan dan hantaran ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang marah dengan siap peniaga tersebut.
Walau bagaimanapun, ramai netizen yang menyebelahi pihak peniaga, rata-rata menegur cara pertanyaan pembeli ini kerana ia seolah-oleh memberi gambaran yang pembeli memarahi peniaga, bahkan ada dalam kalangan peniaga juga menyatakan bahawa cara pertanyaan ini memang mengundang salah erti peniaga.
Pastikan kita menggunakan tatabahasa dan tanda baca yang betul jika nak berhubung dengan seseorang melalui mesej. Bimbang kalau jadi salah faham macam ni. Tak pasal-pasal bergaduh.
Sumber : Thread