in

“Pembelaannya hanya penafian” – Hakim Mohamed Zaini Jelaskan Sebab Rosmah Bersalah

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, semalam isteri kepada bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah telah didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Selepas selepas perbicaraan semalam, Hakim Mohamed Zaini turut mengeluarkan penghakiman penuh kes ini sebanyak 116 muka surat.


Di dalam penghakiman bertulis ini, Hakim Mohamed Zaini mengatakan bahawa tertuduh, Rosmah telah menafikan bahawa dia menerima dua beg berisi wang tunai sebanyak RM1.5 juta dan hanya mengatakan satu-satunya perkara yang berlaku adalah Bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin meminta bantuan berkaitan projek telaga air yang mahu dicadangkan kepada Kementerian Pendidikan.

Rosmah Mansor Bernama 2

Tertuduh sekadar menafikan yang beliau telah melihat beg-beg tersebut dan Saidi memberitahunya bahawa beliau telah membawakan wang seperti dijanjikan yang mana tertuduh menjawab dengan “Hmmm.”

“Pada akhir kes pendakwaan, saya dapati Saidi seorang saksi yang boleh dipercayai dan menerima versinya. Dalam mana-mana keadaan, saya mendapati bahawa keterangan Rizal dan Rayyan Radzwill Abdullah, yang merupakan rakan kongsi Saidi, telah menyokong penuh versi Saidi.”

Malah, hakim ini juga mengatakan saksi-saksi yang memberi kenyataan juga berjaya membuktikan kedua-dua beg berjumlah 1.5 juta itu telah dibawa ke kediaman tertuduh di Langgak Duta sehingga ke ruang tamu.

Adalah tidak penting sama ada beg-beg tersebut diserahkan secara fizikal kepada beliau. Fakta bahawa beg-beg itu telah ditinggalkan di ruang tamu menandakan penerimaannya. Fakta bahawa beliau telah mengarahkan butlernya untuk membawa beg-beg itu ke biliknya di tingkat atas juga menandakan penerimaannya.”

Bukan itu sahaja, bagi pertuduhan kedua iaitu menerima rasuah sebanyak RM5 juta, tertuduh juga turut menafikan telah menerima wang tersebut di Kediaman Perdana Menteri di Seri Perdana dan mendakwa berada di kediamannya di Langgak Duta.

Selain itu, tertuduh juga turut mengatakan bekas pembantu Najib, Rizal Mansor telah mengambil wang tersebut untuk dirinya sendiri.

9E385D69A551215A03B9C27B52234098

Beliau juga mengatakan bahawa Rizal telah mengambil RM5 juta itu untuk dirinya dan perjalanan ke Seri Perdana adalah satu sandiwara.

“Ia bukan satu kebetulan RM5 juta dibayar selepas surat anugerah bertarikh 10 November 2016 dikeluarkan kepada Jepak.

“Saidi telah membuat pinjaman sebanyak RM16 juta untuk Jepak dan menggunakan RM5 juta untuk membuat pembayaran itu. Ini tentunya selepas Rizal mengingatkan beliau mengenai janjinya untuk membayar tertuduh.”

Hakim mengatakan wang RM5 juta telah dikeluarkan sebelum dibawa ke Pavilion untuk diserahkan kepada Lawrence Tee Kien namun ditolak.

Ekoran ini Rizal telah menelefonnya dan mendakwa diminta tertuduh untuk menghantar wang tersebut ke Seri Perdana namun tertuduh menafikan hal ini.

Saya dapati penafiannya tidak dapat dipertahan kerana bertentangan dengan fakta bahawa Rizal akan menghadapi masalah dan pada mulanya terpaksa berjumpa Lawrence untuk menghantar wang itu. Beliau boleh dengan mudah merancang untuk mengambil wang itu menerusi cara lain.

“Fakta bahawa dia pergi berjumpa Lawrence untuk menghantar RM5 juta sama seperti fakta dalam pertuduhan meminta wang, iaitu Lawrence telah diamanahkan untuk merangka perjanjian perundingan bagi memudahkan pembayaran yang akan dibuat Saidi.”

Mohamed Zaini seterusnya berkata, Rizal tidak menjangkakan yang Lawrence enggan menerima wang itu kerana jika tidak, beliau tidak akan mengarahkan Saidi untuk ke pejabat Lawrence.

“Adalah tidak masuk akal untuk Rizal menelefon tertuduh kerana keseluruhan rancangan itu dibuat oleh tertuduh sendiri.

“Kenapa Rizal nak bersusah payah memandu ke Seri Perdana jika beliau ingin mengambil wang tunai itu untuk dirinya? Beliau pergi ke sana bersama ahli perniagaan Datuk Ahmed Farriq Zainul Abidin yang bersamanya di sepanjang perjalanan. Tidak pernah dicadangkan bahawa Ahmed bersubahat dengan Rizal.”

Hakim itu berkata, mahkamah telah menerima bahawa Ahmed Farriq adalah saksi yang tidak mempunyai kepentingan dan boleh dipercayai.

Saya mendapati penafian tertuduh tidak dapat dipertahankan. Untuk mencadangkan bawah Rizal dengan beraninya mengaturkan skim seperti itu tanpa diketahui tertuduh, agak susah untuk dipercayai. Sebagai contoh, kenapa Rizal bersusah payah untuk membawa Saidi dan Rayyan bertemu tertuduh di kediamannya jika beliau mempunyai kuasa yang sebesar itu?”

 

Baca: “Saya tak pernah pengaruh suami” – Rosmah Menangis Ketika Baca Kenyataan Selepas Didapati Bersalah

Malaysia Politics Corruption Court 014950 2598900 20220901153446

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.