in

Pembantu Klinik Didakwa Di Mahkamah Gara-gara Tuduhan Mahu Bunuh Muhyiddin Yassin

Ugut Muhyiddin

Sebagai pengguna media sosial, kita perlu sentiasa berhati-hati dengan apa yang ingin dikongsi atau dimuat naik.

Seperti yang terjadi baru-baru ini, seorang wanita didakwa di mahkamah gara-gara memuat naik status ingin membunuh bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Artikel berkaitan: Nur Nilam Buat Laporan Polis Lepas Dapat Ugutan Bunuh, Gara-gara ‘Live’ Dengan Ira Kazar

Artikel berkaitan: “Hentikan politik murahan kotor” – TS Muhyiddin Yassin Mohon Jangan Kaitkan Dirinya Dengan MYAirline

Menurut laporan Harian Metro, wanita yang bekerja sebagai pembantu klinik di Singapura itu didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan membuat hantaran jelik berkenaan, pada tiga tahun lalu.

Tertuduh, Tai Zee Zing mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Img 1433

Wanita tersebut memuat naik status bertulis ‘Can hired killer to kill new prime minister’ (Boleh tak upah pembunuh untuk bunuh Perdana Menteri baru?) di profil Facebook ‘Penny Tai’, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Difahamkan, kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 20 Disember ini untuk sebutan kes.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Utusan TV