Kes menipu penumpang sepertinya bukanlah perkara yang luar biasa memandangkan masih ada individu yang memburukkan imej pemandu teksi yang lain apabila mereka melakukan perbuatan itu dengan mengenakan caj berlebihan kepada penumpang.
Menurut Harian Metro, seorang pemandu teksi tempatan telah ditahan oleh Pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana mengenakan bayaran keterlaluan kepada penumpangnya.
Pemandu teksi tersebut dilaporkan menghantar penumpangnya dari Jalan Bukit Petaling ke Kota Raya yang hanya mengambil masa 8 hingga 10 minit sahaja. Walaupun perjalanan tidak sampai 10 kilometer, penumpangnya yang merupakan warga Myanmar itu telah dikenakan caj RM160. Naik teksi tak sampai 10 minit, kena bayar RM160! Mahalnya!
Merasakan caj yang dikenakan terhadapnya tidak munasabah, penumpang itu telah membuat keputusan untuk melaporkan tentang pemandu tersebut kepada SPAD di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Bagaimanapun, ketika ditahan oleh wakil SPAD, pemandu itu hanya berkata bahawa dia mengenakan caj sebanyak RM100 kepada penumpang tersebut, lapor Malaysian Digest. 100 pun kira mahal okay!
DIfahamkan, kereta Proton Saga BLM milik pemandu teksi tersebut kini disita bagi tujuan siasatan lanjut di bawah Akta Pengankutan Awam Darat 2010 atas kesalahan tidak meggunakan meter tambang.
Jika anda mengalami nasib seperti penumpang ini, jangan teragak-agak untuk laporkan kepada SPAD supaya pemandu itu dikenakan tindakan. Kalau tak, lagi ramai jadi mangsa!
Baca: Pemandu Teksi Ugut Penumpang Tidur Bersama Sebagai Ganti Tambang RM400