Kes buli jalan raya adalah kes yang tidak asing lagi di Malaysia. Ada sahaja cara pembuli-pembuli ini menunjukkan taring mereka dan berlagak superior.
Samalah seperti kes yang berlaku di Ipoh apabila tindakan pemandu kereta Perodua Bezza yang dikesan di Lebuhraya Utara Selatan (menghala utara) menimbulkan kemarahan bukan sahaja pada pemandu yang berada di atas jalan raya ketika itu, tetapi juga kepada para netizen.
Menurut Sinar Harian, video yang dimuat naik di Facebook menunjukkan sebuah kereta Perodua Bezza berwarna biru telah menghalang kedua-dua laluan kereta Honda di belakangnya. Dah kenapa dengan kereta ni?
Pemandu kenderaan tersebut yang dipercayai seorang wanita telah membelok ke kiri dan kanan dengan sengaja untuk menghalang kereta Honda berkenaan untuk memotongnya.
Sudahlah menghalang laluan, malah si pemandu Perodua Bezza berkenaan sempat menunjukkan isyarat lucah kepada pemandu kereta Honda tersebut.
Netizen yang menonton video tersebut rata-rata meminta polis untuk mengambil tindakan sewajarnya kerana aksinya itu telah membahayakan pengguna jalan raya yang lain pada ketika itu.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Wan Jamil Wan Chik, mereka kini sedang menunggu laporan polis daripada individu yang merakam video berkenaan untuk tindakan lanjut.
Dia juga turut menambah bahawa hasil daripada penelitian rakaman kamera litar tertutup lebuh raya berkenaan, mereka mendapati pemandu Perodua Bezza berkenaan memandu dengan perlahan di lorong paling kanan.
Kami syak yang pemandu Perodua Bezza tu mabuk sebab tu bawa kereta terhuyung-hayang. Tak pun pemandu tu tiada lesen sebab itu dia tak tahu bahawa orang yang memandu di lorong kanan kena bawa laju. Kami rasa lah. Anda rasa bagaimana?
Baca: Pemandu Wanita Maut Selepas Dilanggar Pemandu Kereta Gara-gara Pergaduhan Atas Lebuhraya