Seorang pemandu bas di Jepun berputih mata selepas kehilangan wang pencen sebanyak 12 juta yen (bersamaan kira-kira RM371,000) gara-gara mencuri hanya 1,000 yen (kira-kira RM31) daripada bayaran tambang penumpang.
Memetik laporan Sinar Harian, insiden itu dirakam kamera keselamatan dalam bas, namun pemandu terbabit menafikan tuduhan dan malah memfailkan saman terhadap pihak bandar Kyoto. Walau bagaimanapun, Mahkamah Agung Kyoto pada minggu lalu telah memutuskan untuk menolak tuntutan pemandu bas tersebut.
Pihak bandar Kyoto menyambut baik keputusan mahkamah, menyatakan bahawa perbuatan itu adalah satu bentuk salah laku serius yang boleh mencemarkan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan pengangkutan awam.
Difahamkan, lelaki berkenaan telah berkhidmat selama 29 tahun dan sebelum ini pernah ditegur beberapa kali atas pelbagai kesalahan, termasuk menghisap rokok elektronik ketika bertugas.
Baca: Duda Alami ‘Depresi’ Gara-gara Duit KWSP ‘Lesap’ Dikebas Teman Wanita Dalam Masa Sehari