in

Pemakaian Topeng Muka Buat Kaum Adam Nampak Lebih Menarik di Mata Wanita, Betul Ke?

f1 kck mask

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pejam celik, pejam celik dah nak masuk tiga tahun dah kita kena pakai face mask ketika berada di tempat awam dan sesak untuk kurangkan risiko jangkitan COVID-19. Ramai yang kata best pakai mask ni sebab jadi lebih yakin bila jumpa orang kan.

Namun, tahu kah korang bahawa ada sebuah kajian di United Kingdom yang mendapati bahawa lelaki yang memakai topeng muka dilihat lebih menarik di mata para wanita berbanding kaum Adam yang tak pakai mask, lapor Channel News Asia.


kck mask 2
Gambar Sekadar Hiasan

Kajian tersebut telah dilakukan oleh pasukan penyelidik School of Psychology dari Universiti Cardiff dan mereka mendapati topeng muka perubatan menjadikan kaum lelaki lebih menarik berbanding lelaki yang tak pakai mask.

Dalam kajian itu, 40 wajah lelaki telah ditutup separuh dengan buku nota, topeng muka kain, topeng muka perubatan berwarna biru dan ada juga wajah yang tidak ditutup dengan sebarang objek.

kck mask 3
Gambar Sekadar Hiasan

Kemudian, 43 orang pelajar perempuan pula diminta untuk memberi nilai atau rating pada setiap wajah dengan menggunakan skala 1 hingga 7.

Hasilnya, penyelidik mendapati wajah yang pakai face mask adalah lebih menarik berbanding topeng muka jenis kain. Manakala wajah dengan topeng muka jenis kain pula adalah lebih menarik berbanding wajah yang tak ditutup dengan apa-apa.

Kajian ini telah dijalankan ketika pandemik COVID-19 iaitu sekitar Februari 2021.

Menurut pakar, seseorang individu itu mungkin nampak lebih menarik jika pakai mask sebab pandangan orang lain akan lebih tertumpu kepada mata individu tersebut, lapor The Guardian.

Ni baru betul dari mata turun ke hati ni. Kalau macam ni, lepas habis COVID pun nampaknya min nak pakai mask jugak la. 

Sumber: Channel News Asia, The Guardian

Baca: “Nampak HOT pakai mask”- Pengacara Rancangan Realiti Indonesia Dikecam, ‘Hina’ Rupa TikTokers Lepas Buka Facemask

kck mask 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.