Seorang pemain profesional Tekken di Jepun, Tanukana dilaporkan telah dipecat daripada pasukannya kerana mengeluarkan kenyataan berbaur menghina berkenaan lelaki.
Gadis ini ditendang keluar daripada pasukan Cyclops Athlete Gaming selepas dia berkata lelaki yang pendek tidak patut mendapat hak kemanusiaan.

Menurut sumber, Tanukana berkata lelaki di bawah 170 sentimeter tidak patut mendapat hak kemanusiaan. Gadis ini turut mencadangkan lelaki yang pendek agar membuat pembedahan pemanjangan tulang agar mereka menjadi lebih tinggi.
“Ya, saya maksudkannya. Lelaki pendek tidak patut mendapat hak kemanusiaan. Ketahui tempat anda”, jelas pemain e-sukan itu.
Semuanya bermula apabila Tanukana membuat live stream dan menjawab soalan yang diberikan oleh penonton. Sampai satu tahap, dia berceritakan bagaimana seorang penghantar makanan cuba untuk meminta nombor telefonnya.
“Dia pendek, mungkin dalam 165 cm. Boleh jadi tinggi dia di bawah 165cm! Lepas saya lihat betapa pendeknya dia, saya terus tidak mahu berikan nombor telefon”, cerita gadis ini.
Selepas menceritakan kisah penghantar makanan tersebut, dia kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang menghina lelaki rendah itu.

Bagaimanapun, Tanukana akhirnya memohon maaf namun tidak diterima ramai apabila dia menyatakan kenyataan tersebut hanyalah sebagai tanda dia menghargai lelaki tinggi.
Kontrak Tanukana bersama Cyclops Athlete Gaming dan jenama yang menajanya semuanya sudah ditarik semula gara-gara isu tersebut.
Kredit: Sora News 14
BACA: Dah 30 Tahun Baru Sedar, Hospital Di Jepun Ini Terguna Air Tandas Sebagai Sumber Minuman

