Korang mesti masih ingat lagi dengan keletah Atan yang sering buli datuknya dulu-dulu kan? Suka betul waktu kecil dulu bila dapat tengok Atan.
Untuk pengetahuan korang, pelawak ‘stand up’ komedi yang pernah popular satu ketika dulu, Datuk Jamali Shadat telah pun menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi pada jam 8.30.
Memetik laporan dari Harian Metro, pemergian ini disahkan sendiri oleh cucunya, Isyraq Ariff Zalull Ariff.
Doktor sudah mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan pengebumian akan dimaklumkan kemudian.”
Keadaan kesihatan Jamali dilaporkan sudah pun uzur dan tak mampu untuk berjalan dan kurang selera makan kerana terkesan dengan kematian isterinya, Lela Yacob yang meninggal akibat angin ahmar pada Jun 2018 sehingga membuatkan dia kemurungan.
Sebelum ini, Jamali pernah diserang angin ahmar dan dijaga oleh isterinya sehingga pulih. Malah segala jadual aktiviti seni dan kehidupannya juga turut diuruskan isterinya.
Selepas itu… dia macam termenung dan khayal. Rumahnya bersebelahan dengan rumah bapa saudara saya, Fauzi dan mereka menjaganya.”
Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang ini telah meninggalkan lapan anak dan 39 cucu.
Al-fatihah…
Baca: Throwback: 10 Filem Senario Buat Kita Tak Kering Gusi Dulu-dulu