in

Pelari Marathon Dunia Naik Teksi Ketika Bertanding, Tak Dapat Tamatkan Larian

Pelari Marathon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat sukan larian terutamanya marathon pasti tidak asing dengan nama Eliud Kipchoge. Atlet kelahiran Kenya ini adalah nama yang cukup besar selepas memegang rekod dunia dalam acara marathon dari tahun 2018 hingga 2023.

Screenshot 2024 08 11 at 12.11.07 PM

Walau bagaimanapun, ketika Olimpik Paris 2024, Kipchoge tidak dapat menamatkan lariannya.


Beliau dilihat menaiki teksi yang disediakan penganjur ke garisan penamat selepas menarik diri daripada perlumbaan.

Memetik laporan Daily Mail UK, pemenang dua kali emas Olimpik itu yang bersaing pada usia 39 tahun, berhenti selepas 31 kilometer untuk memberikan laluan kepada pelari terakhir, Ser-Od Bat-Ochir.

Screenshot 2024 08 11 at 12.11.17 PM

 

Artikel berkaitan: Atlet Dakwa Pingat Gangsa Olimpik Tak Berkualiti, Baru Seminggu Dapat Tapi Dah Luntur Warna & Terkopek

Artikel berkaitan: “Kagum sekejap” – Nenek 52 Tahun Berjaya Tamatkan Ultra Maraton Sejauh 120KM

Dalam saingan itu, Kipchoge berada dalam kelompok hadapan selepas 10km pertama dan tercicir seminit di belakang pendahulu di pertengahan perlumbaan. Dia antara 10 pelumba yang gagal menamatkan perlumbaan.

Penonton yang hadir di kawasan sekitar paris tetap memberikan semangat kepada beliau ketika beliau memberikan kasut dan stokinnya kepada peminat sebelum menaiki van Olimpik.

Screenshot 2024 08 11 at 12.11.25 PM

Pelari Ethiopia, Tamirat Tola meraih emas dalam acara marathon di Olimpik Paris 2024 sekaligus mencatat rekod Olimpik baharu dengan catatan masa 2:06:26.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.