Kalau sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai isu pelancong dikecam netizen Jepun gara-gara stroller yang dibawa menghalang laluan di dalam tren.
Kali ini, muncul pula satu isu panas di platform X dan Threads yang membicarakan tentang sikap pelancong yang memakai pakaian tradisional wanita Jepun iaitu kimono, namun memadankan ia dengan hijab di kepala.
Menerusi posting tersebut, netizen berkenaan mempersoal mengapa pelancong itu tidak menanggalkan hijabnya jika dia mahu memakai kimono dan berjalan-jalan di sekitar bandar.

Ramai penganut Islam yang ingin berjalan-jalan di bandar memakai kimono tanpa perlu membuka hijab,” terjemah posting itu.
Malah di Threads pula, posting seorang wanita yang dipercayai warga Indonesia menerima kecaman hebat netizen Jepun kerana mengenakan hijab ketika memakai kimono.
View on Threads
Artikel berkaitan: Rakyat Jepun Jengkel Dengan Sikap Pelancong Asing, Stroller Anak Halang Laluan Dalam Tren
Artikel berkaitan: Desak Tinggalkan Negara, Guru Warga Malaysia Terima Ugutan Perkauman Di Jepun
Netizen ingatkan budaya lama Jepun, pernah pakai ‘Okoso-zukin’
Namun begitu, tidak semua di kalangan netizen Jepun mempunyai pemikiran yang serupa. Masih ada yang berpendapat tidak ada salahnya pelancong memakai hijab bersama kimono kerana ia kelihatan sangat cantik.
Malah ada juga yang memuji wanita-wanita berhijab ini sangat pandai berfesyen dan memadankan hijab yang sesuai dengan warna kimono tersebut.

Selain itu, ada juga di kalangan netizen mengingatkan budaya lama Jepun, yang mana wanita memakai penutup kepala bernama okoso-zukin pada era Edo dan Meiji.
Hasil carian penulis di laman sosial, okoso-zukin ini merupakan sehelai kain panjang yang digunakan untuk menutup kepala, leher dan melilit pipi sehingga mulut oleh kaum wanita untuk keluar ketika musim sejuk.


Cara balutannya juga lebih kurang sama dengan hijab yang dipakai wanita Muslim, malah terdapat banyak juga gambar serta lukisan Jepun dari pelukis Ito Shinsui yang memaparkan wanita pada zaman itu memakai okoso-zukin ini.
Terdahulu, isu mengenai teguran netizen Jepun terhadap pelancong yang datang ke negara itu telah menjadi perbualan hangat ramai sehinggakan ada yang mula ragu-ragu untuk bercuti ke Jepun kerana bimbang menjadi subjek kepada isu rasisme.
