Seorang pelancong dari China mengaku membunuh seorang transgender di Pattaya, Thailand dan membelah tubuh mangsa selepas mangsa dikatakan enggan untuk melakukan hubungan seks dengannya.
Lebih teruk lagi, suspek menggunakan tubuh mangsa yang telah dibelah untuk dijadikan pemuas nafsunya. Suspek, yang dikenal pasti oleh pihak polis Thailand sebagai Fu Tongyuen, 42, dari wilayah Hubei, China, memberitahu bahawa dia membunuh Woranun Pannacha, 25, di bilik sewanya yang terletak di tengah Pattaya.
Artikel berkaitan : Kembali Ke Fitrah Asal, Wanita Transgender Tunai Umrah Sebagai Lelaki
Artikel berkaitan : Malaysia Negara Kedua Paling Tak Selamat Untuk Golongan Transgender – Kajian
Menurut sumber, Tongyuen menceritakan dengan polis bahawa mereka mula berkenalan ketika bertemu di sebuah pantai di Pattaya Selatan pada petang 25 April lepas sebelum bertukar maklumat untuk berhubung.
Difahamkan ketika Tongyuen mula berkenalan, dia tidak tahu Woranun seorang transgender. Namun begitu, pada hari yang sama kira-kira jam 9 malam, Woranun ada menghubungi Tongyuen dan bertemu di apartmentnya.
Tongyuen telah membayar 8,000 baht (sekitar RM1,040) untuk melakukan seks. Namun begitu, sumber menyatakan bahawa Woranun tiba-tiba berubah fikiran dan menolak untuk melakukan hubungan intim tersebut.
Ia telah membuatkan suspek bengang dan menuntut bayaran semula 50 peratus daripada jumlah bayaran asal tetapi Woranun enggan memberikannya dan ia jadi pencetus pertengkaran antara mereka berdua.
Dakwa Tongyuen, Woranun ada mencakar dan menendangnya dari katil menjadi punca dia berang sebelum naik semula ke atas katil, duduk di atas tubuh Worannun dan cekik mangsa sehingga mati.
Tongyuen kemudian menyeret mayat mangsa ke bilik mandi dan menggunakan sepasang gunting untuk mengerat tubuh mangsa.
Menurut Tongyuen lagi, gunting itu dibeli untuk melindungi dirinya ketika keluar pada waktu malam. Apa yang mengerikan lagi, suspek ini memberitahu penyiasat bahawa dia memotong bahagian dada serta mengeluarkan implan silikon mangsa selepas menggunakannya untuk ‘memuaskan’ dirinya.
Selepas itu, dia mencuci mayat Woranun dan membersihkan darah yang ada di bilik sebelum meninggalkan mayat itu begitu sahaja.
Selepas beberapa jam, Tongyuen cuba melarikan diri ke China dengan menempah tiket penerbangan ke China dan menaiki motosikal serta bas untuk ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi.
Dia ditangkap oleh pihak polis di lapangan terbang itu pada 26 April lalu. Ketika ditangkap, wajah Tongyuen masih mempunyai kesan calar berdarah.
Tongyuen kemudian mengatakan kepada polis bahawa dia hilang kawalan selepas diserang Woranun. Dia juga tak pasti sama ada dia mengalami masalah kesihatan mental dan memohon maaf atas perbuatannya.
Ketua Polis Pattaya, Anek Srathongyoo berkata, Tongyuen mengaku bersalah disebabkan bukti yang kukuh. Kata Anek, salah satu paru-paru Woranun hilang, namun Tongyuen menafikan bahawa dia ada menyentuhnya. Siasatan polis kini masih diteruskan.
Sumber : Berita Harian