in

“Pelakon versatil!” – [VIDEO] Kalini Bawa Watak Mok Yong, Amerul Affendi Sekali Lagi Dipuji Netizen!

Page Amerul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita sebut nama Amerul Affendi, memang semua orang kenal lah!

Amerul Affendi yang disifatkan pelakon berbakat oleh netizen kerana watak-wataknya seperti Mek Yam dalam Polis Evo memang betul-betul menjadi! Namun disebabkan industri perfileman yang semakin ‘demand’ dalam mencari pelakon, Amerul Affendi sering diketepikan.


Ini kerana, pengikut media sosial Amerul yang tidak capai sejuta menyebabkan dirinya jarang menjadi pilihan pengarah drama dan filem. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, pelakon berkaliber itu sekali lagi mencuri perhatian peminat selepas klip dirinya menari tarian Mok Yong tular di Twitter.

Klip video yang dikongsikan menerusi akaun Twitter milik @AstroShaw itu telah mendapat lebih dari 600 ribu tontonan dan juga lebih dari 5 ribu likes merupakan teaser kepada filem Hantu Mok Joh yang akan ditayangkan di Astro First bermula 17 Februari ini.

“Ni lah part paling seram…”

Tidak cukup dengan itu, Amerul sendiri quote tweet kepada Astro Shaw dan menyatakan bahawa ketika melakukan tarian itu merupakan bahagian yang paling seram ketika penggambaran dijalankan. Ye lah, siapa yang terlalu mendalami tarian tu boleh kena gangguan katanya…

“I actually think this too. Mcm mana u bawa watak ni sbb yelah… I’ve heard about my friend yg pernah menari tarian ni n the experience was ? Haha.” – Netizen di bahagian replies

Tweet 1

Dari tweet yang dikongsikan itu juga, ramai pengguna media sosial mengatakan bahawa Amerul Affendi merupakan seorang yang sanggup mengambil risiko demi untuk menjayakan sesuatu watak yang dibawa.

Tweet Full

Wah, terbaik lah Amerul! Min pulak tak sabar nak tengok filem ni… Genre seram pulak tu kan? Memang love lah!

Baca: Isu ‘Obses’ Dengan Pelakon Tinggi Pengikut, Zahiril Ajak Amerul ‘Tong-Tong’ Beli Followers

Untitled 2 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.