in

Pelajar Wanita Di Cyberjaya Disyaki Dib*nuh, Tiada Unsur R*gol – Polis

kes bunuh cyberjaya

Sejak malam tadi, tular hantaran di media sosial mengenai kematian seorang pelajar di sebuah universiti dekat Cyberjaya yang ditemui mati di asrama pelajar berkenaan, kelmarin.

Hantaran yang tular itu mengatakan pelajar berkenaan telah rogol sebelum dibunuh oleh pelaku yang tidak dikenali.

GuSi VPbkAAClJd

Artikel berkaitan: Suspek Kes Bunuh Peniaga Makanan Direman Seminggu Untuk Siasatan

Artikel berkaitan: Kes Bunuh Isteri & Anak: Polis Jumpa Mayat Ke-3 Di Pantai, Suspek Dakwa Anak Dirasuk

Tiada unsur rogol dalam kes ini – Polis 

Walau bagaimanapun, pagi ini, pihak polis mengesahkan bahawa tiada unsur rogol dalam kes pembunuhan pelajar berkenaan dan pengesahan ini diperoleh hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa di Hospital Serdang, semalam.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, hasil bedah siasat mendapati kematian wanita yang berusia 20 tahun berbangsa Sikh itu adalah disebabkan hentakan objek tumpul di bahagian kepala.

Mangsa ini telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya di Mutiara Ville, Cyberjaya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk ke atas kediamannya dan pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala mangsa.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati kematian mangsa adalah disebabkan ‘blunt force trauma to the head’ atau hentakan objek tumpul di kepala,” katanya.

bhcyber26 1750895809

Menurutnya lagi, tiada sebarang kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur rogol dalam kes ini.

Berdasarkan laporan awal bedah siasat ini, pihak polis menafikan dakwaan yang tular menerusi media sosial yang menyatakan mangsa dibunuh dan dirogol.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh,” katanya.

Dalam pada itu, pihak Polis Daerah Sepang memandang serius kes tersebut dan menyeru orang ramai bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi serta berkongsi maklumat tidak benar yang boleh mengganggu siasatan.

Terdahulu, mangsa yang difahamkan berasal dari Kuching, Sarawak telah ditemui mati oleh rakannya sekitar jam 10 pagi kelmarin dalam unit kediamannya di Cyberjaya.

Mangsa yang merupakan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi di sebuah universiti di Cyberjaya tinggal seorang diri selepas lima rakan serumahnya pulang bercuti pada 21 Jun lalu.

Mangsa juga dijadualkan menduduki peperiksaan pada hari dia ditemui. Difahamkan beberapa barang berharga milik mangsa dilaporkan hilang disyaki dilarikan suspek.

Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini dan moga suspek berjaya ditangkap dengan segera. 

Sumber: Berita Harian