in

Pelajar U Tempatan Maut Terjatuh Tingkat 34 Gara-gara Cuba Ambil Sehelai Baju Tersangkut Di Balkoni

Pelajar Terjatuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pelajar universiti tempatan berusia 18 tahun dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium dekat Kampung Bahru, Kuala Lumpur malam semalam.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 8.17 malam.


Artikel berkaitan: Budak 12 Tahun Melecur Satu Badan, Terjatuh Ketika Ambil Bola Dalam Rumah TNB

Artikel berkaitan: 30 Murid Sekolah Di Thailand Berdepan Detik Cemas, Terjatuh Dalam Air Lepas Lantai Bilik Darjah Runtuh

Cxqpzxww Btv3 Work 9

Tambahnya lagi, hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai cuba mengambil baju yang tersangkut di kaki lima balkoni dekat tingkat 34.

Walau bagaimanapun, menurut dua saksi kejadian, mangsa telah bertindak dengan memanjat sebuah meja dan pagar balkoni sebelum hilang imbangan badan dan terjatuh.

“Kejadian berlaku di aras 34 dan terdapat 4 buah rumah sahaja di setiap aras dan  tempat kejadian merupakan perumahan kondominium 39 tingkat.

“Dua orang saksi kejadian menyatakan semasa kejadian simati telah memaklumkan ingin mengambil sehelai tshirtnya yang terjatuh di kaki lima balkoni rumah.

“Si mati telah bertindak memanjat sebuah meja dan kemudian memanjat pagar balkoni tersebut. Si mati hilang keseimbangan dan telah terjatuh ke bawah,” jelasnya.

Mayat mangsa difahamkan telah dibawa ke Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Sumber: Buletin Utama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.