in

Pelajar Tingkatan 2 Dipercayai Khayal Hisap V*pe, Meracau Lepas Terjatuh Bumbung

Gcqkbpbaiaiqmta 1

Seorang pelajar tingkatan dua dari sebuah sekolah menengah di Kangar, Perlis dilaporkan cedera selepas terjatuh dari bumbung tingkat satu bangunan sekolah.

Memetik laporan Buletin TV3, kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi Rabu selepas pelajar itu khayal akibat menghisap vape yang dibawanya ke sekolah.

Menurut Pengarah Pendidikan Perlis, Rose Aza Che Ariffin, pelajar tersebut mengaku menghisap vape dalam kelas ketika hujung waktu rehat.

Artikel berkaitan: Pelajar Tingkatan 4 Alami Sawan, Gara-gara ‘Overdose’ Hisap Vape ‘Magic Mushroom’

Artikel berkaitan: Anak ‘Kantoi’ Bawa V*pe & Telefon Ke Sekolah, Tindakan Ibu Ini Dipuji Ramai

Tindakannya itu menyebabkan dia berasa khayal dan cuba turun melalui bumbung bangunan. Malangnya, akibat pengaruh khayal itu, dia hilang kawalan dan terjatuh hingga mengalami luka ringan pada kaki.

Gcqkbpbaiaiqmta

Selepas terjatuh dari bumbung, pelajar itu meracau menyebabkan pihak sekolah terpaksa menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Pelajar tersebut kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Kangar dan menjalani ujian air kencing yang didapati negatif. Difahamkan, pelajar terbabit dalam keadaan stabil dan dikenakan tindakan penggantungan.

Pihak sekolah bekerjasama dengan polis

Sementara itu, pihak sekolah sedang bekerjasama dengan polis untuk menyiasat kes ini dengan lebih mendalam.

Sekolah juga diminta untuk mencari punca bekalan vape yang diperoleh oleh pelajar serta melakukan follow-up terhadap ujian air kencing untuk memastikan kesihatan pelajar tersebut.

Menurut sumber difahamkan vape yang digunakan oleh pelajar berkenaan ada vape jenis flavour mushroom yang kini menjadi trend penggunaanya dalam pelajar sekolah.

Sumber: Buletin TV3