in

Pelajar Tahun 2 Dilangg*r Depan Sekolah, Alami Retak Belakang Kepala & Cedera Pada Tubuh

syaz ft 2025 02 21T102946.988

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara perkara yang paling dikhuatiri oleh ibu bapa ialah keselamatan anak-anak di sekolah, khususnya buat yang berada di sekolah rendah.

Terbaru, seorang pelajar Tahun 2 terlibat dalam kemalangan yang berlaku di hadapan sekolahnya, pelajar itu mengalami kecederaan retak di bahagian belakang kepala serta luka di tubuh badan.


Artikel berkaitan: Dikejar Suami Selepas Bertengkar, Wanita Maut Kemalangan Lepas Rempuh Tembok Batu

Artikel berkaitan: Pengsan Ketika Beri Taklimat Sukan Di Kolej, Seorang Pelajar Matriks Di Melaka Meninggal Dunia

Kemalangan itu difahamkan berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Presint 11 (1), Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku pada 4.45 petang ketika kanak-kanak lelaki itu berjalan dari laluan pejalan kaki di sebelah Blok C Apartmen Zon 6B, melintasi Jalan P11J/1 di hadapan sekolah.

GkOgW8NbwAAyJR9

“Mangsa dilanggar kereta dipandu wanita di laluan utama dan dibawa ke Hospital Putrajaya. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian bertindak mengeluarkan mangsa dari bawah kereta dengan menterbalikkan kenderaan itu sebelum pasukan bomba tiba.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Ismail Mustafa berkata, pihaknya bergegas ke lokasi dengan kekuatan sembilan anggota sebaik menerima panggilan kejadian pada 4.55 petang.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan bergegas ke Hospital Putrajaya sebaik menerima maklumat kemalangan membabitkan murid SK Presint 11 (1) itu.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.