in

Pelajar Sekolah Pondok Di Indonesia Maut Selepas Didenda Berendam Dalam Kolam Ikan

maut dalam kolam ikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekolah pondok atau pesantren ialah sebuah institusi pendidikan tradisional Islam yang banyak diamalkan di wilayah Nusantara seperti Malaysia, Indonesia dan selatan Thailand.

Sistem pendidikan ini berfokuskan pengajian ilmu Islam dan biasanya mempunyai asrama, ia merupakan institusi pendidikan yang terbuka kepada umum tanpa mengira umur dan jantina.


Pun begitu, hujung minggu lepas terdapat sebuah berita yang kurang menyenangkan berkenaan sebuah sekolah pondok yang terletak di Tapah Darussalam, Rokan Hulu, Riau, Indonesia.

pexels senanur ceylan 7736144
Gambar Hiasan

Menurut laporan Kompas, seorang pelajar sekolah pondok tersebut maut selepas didenda berendam dalam kolam ikan kerana keluar dari asrama tanpa kebenaran.

Jurucakap polis, Mardiono menyatakan, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang berusia 17 tahun dan tiga rakannya yang lain keluar dari asrama untuk membeli makanan, kemudian mereka tidak terus pulang ke asrama sebaliknya mereka menonton perlawanan bola sepak sehingga waktu subuh.

“Selepas itu, mangsa dan rakannya pulang ke asrama dan perbuatan mereka disedari seorang daripada tenaga pengajar di situ.

Kesemua pelajar itu mengakui kesalahan mereka dan tenaga pengajar berkenaan menghukum mereka berendam dalam kolam ikan selama lima minit.” katanya.

Kemudian, tenaga pengajar tersebut menyuruh mereka keluar dan membilas badan tetapi mangsa tidak naik ke permukaan dan tenaga pengajar itu menyuruh pelajar lain memeriksanya.

Ketika dibawa naik dari kolam, mangsa tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, keluarga mangsa enggan melakukan bedah siasat dan meminta jenazah mangsa dibawa ke kampung halamannya di Kecamatan Pangkalan Kerinci, Kabupaten Pelalawan.

Salam takziah kepada keluarga mangsa…

Baca: “Mereka dibawa kepala air” –  4 Termasuk Seorang Pelajar Pondok Warga Malaysia Lemas Di Aceh

Lemas Aceh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.