in

Pelajar OKU Nekad Jalan Kaki Balik Kelantan Untuk Mengundi Gara-Gara Tiket Bas Habis

657Rty

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam lagi, ramai di antara kita yang telah berpusu-pusu untuk pulang ke kampung memandangkan kerajaan telah mengumumkan cuti umum pada hari ini (18 November) dan esok (19 November).

Namun, tidak semua akan merasa kesenangan lebih-lebih lagi kepada golongan pelajar dimana kebanyakan daripada mereka hanya bergantung kepada pengangkutan awam untuk pulang ke kampung.


Sekiranya tiket bas habis, maka tiadalah peluang mereka untuk laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk pulang mengundi.

Pelajar OKU nekad jalan kaki balik Kelantan gara-gara tiket bas habis

Seperti apa yang berlaku baru-baru ini, seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) nekad berjalan kaki untuk ke kampung halamannya di Kelantan bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Screenshot 2022 11 18 At 11.36.14 Am

Remaja yang bernama Muhammad Haikal Noor Azmin, 18 juga merupakan pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas telah membuat keputusan sedemikian selepas mengetahui tiket bas ekspres habis dijual dan tidak mempunyai alternatif lain untuk pulang ke Kelantan.

Walau bagaimanapun, dia yang berjalan bersendirian sambil menyorong beg pakaian itu ditemui seorang pensyarahnya yang kebetulan dalam perjalanan pulang di sekitar Jalan Bertam Indah 2 kira-kira pukul 7 petang semalam.

Menurut Kosmo, pelajar tersebut ditemui dalam keadaan keletihan namun tetap mahu meneruskan perjalanan pulang ke kampung halamannya.

Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Ts. Jasni Mohd. Yusof mengatakan bahawa Muhammad Haikal merupakan pelajar bidang Sijil Animasi 2D dan kurang sempurna daripada segi pergerakan dan pertuturan.

Screenshot 2022 11 18 At 11.36.28 Am

Melihat keadaan tersebut, pihak kolej telah mengambil inisiatif dengan menghantar pelajar OKU itu pulang ke Kelantan menggunakan kenderaan jabatan sekaligus memberi peluang kepadanya untuk mengundi pada pilihan raya kali ini.

“Sumbangan turut dibuat oleh semua kakitangan kolej bagi memudahkan urusan perjalanan pelajar berkenaan.”

Difahamkan, Muhammad Haikal telah kematian ayah sejak berusia 11 tahun lagi dan memikul tanggungjawab sebagai anak sulung daripada lima beradik.

Dia juga amat terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh pihak kolej berkenaan dan berterima kasih kerana dengan bantuan inilah ia dapat meringankan beban diri dan keluarganya.

Syukur pihak kolej masih prihatin…Semoga adik Muhammad Haikal dipermudahkan urusan dan selamat mengundi!

Baca: Lagi 2 Hari Nak PRU15, Klang & Shah Alam Kini Ditenggelami Air Setinggi 2 Kaki

Screenshot 2022 11 18 At 11.35.09 Am

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.