in

Pelajar IPT Dah Boleh Mohon ‘Hadiah’ RM1,000 ‘One Off’ Dari Kerajaan Selangor

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita baik untuk anak-anak Selangor yang bakal menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT)! Korang dah boleh mohon hadiah dari kerajaan Selangor bermula sekarang hingga 31 Mac nanti.

Baru-baru ni, Pejabat SUK Selangor telah membuat pengumuman di Twitter memberitahu bahawa permohonan untuk Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) bagi siswa baharu anak Selangor telah pun dibuka.


Untuk pengetahuan korang, HPIPT ini adalah merupakan bantuan dari kerajaan Selangor berbentuk wang tunai RM1,000 secara one-off. 

Ukm Student Coming Home Covid19 Mco Student 01Pendaftaran Pelajar Pkpp.jpg

Tapi sebelum tu, korang kena semak dulu syarat-syarat kelayakan untuk memohon bantuan HPIPT ni. Antaranya adalah:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang lahir di Selangor atau telah bermastautin di Selangor minimum 11 tahun.
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Merupakan pelajar tahun pertama dan telah ditawarkan pengajian sepenuh masa di Universiti Awam/IPT, swasta di tahap pengajian Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf sahaja
  • Pendapatan isi rumah ibu bapa atau penjaga tidak melebihi RM5,000

Kalau korang menepati semua syarat-syarat ni, korang bolehlah buat permohonan di laman web hpipt.selangor.gov.my.

 

Baca: Menteri Kesihatan Umum Bantuan PeKa B40, Ini Manfaat Yang Korang Boleh Dapat Dari Skim Terbaharu Ni!

Collage 31 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.