Semua penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dibenarkan pulang ke rumah sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, kecuali Sarawak.
“Pelajar turut diberi pilihan sama ada pulang ke kediaman masing-masing atau kekal berada di kampus.”
“Kebenaran ini selaras dengan kelonggaran yang diberikan oleh MKN sebelum ini kepada sektor pendidikan.”
Menerusi Sinar Harian, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa kelonggaran itu akan bermula secara berfasa, dari 7 hingga 12 Mei.
“Pergerakan pulang pelajar akan menggunakan tiga kaedah iaitu menggunakan kenderaan sendiri, dijemput oleh ibu bapa atau penjaga atau menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT.
“Pergerakan melalui kenderaan awam tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan penerbangan.”
Untuk rekod, pelajar IPT di Sarawak tidak dibenarkan meninggalkan kampus atau pulang ke rumah masing-masing susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, selain pelajar IPT, arahan itu juga terpakai untuk pelajar sekolah berasrama, dan mereka dikehendaki terus kekal di asrama masing-masing demi keselamatan diri dan keluarga.
Baca : Baru Nak Husnuzon… 4 Pelajar IPTS Check In Homestay Nak Buat Projek ‘Sekali’