Apabila musim perayaan Aidilfitri kian menjelma, ramai yang suka memeriahkan malam-malam bulan puasa dengan bermain mercun.
Tahun ini, larangan penjualan mercun telah ditarik dan ramai yang boleh menjual beli barang letupan itu.
Terbaru, sebuah video tular di media sosial yang memaparkan beberapa individu bertindak membaling mercun jenis bola dari tingkat atas sebuah apartmen.
Bahayanya baling mercun dari apartment. Lokasi di The Arc, Cyberjaya. pic.twitter.com/HM7Qs1q8Tt
— Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) April 10, 2023
Menerusi Twitter @twt_cyberjaya, kejadian tersebut difahamkan berlaku di apartmen The Arc, Cyberjaya dan ianya merupakan rumah sewa pelajar Kolej UNIKOP.
“Kenapa tak reti jaga kelakuan?”
Video berkenaan mengundang kemarahan ramai netizen dan ramai yang tag pihak polis di bahagian replies tweet berkenaan bagi memaklumkan perkara itu.
Ramai juga yang bengang dengan tindakan pelajar-pelajar tersebut yang tidak matang dan boleh membahayakan orang lain.
Dalam akaun Twitter yang sama, didakwa pihak polis tersebut telah pun pergi ke rumah pelajar-pelajar tersebut bagi mengambil keterangan.
Semalam polis dah datang ke rumah sewa student Unikop yang baling mercun tu. Unikop ni IPT milik Koperasi PDRM. ?
?️: Era pic.twitter.com/f3NAZFK7Nn
— Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) April 10, 2023
Sebagai info, Kolej UNIKOP merupakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) milik Koperasi PDRM, harap ambil pengajaran dan janganlah diikut perbuatan ini.
Baca: Polis Kini Buru Geng Baling Mercun Dalam Rumah Orang Sampai 2 Cedera