Gangguan seksual adalah satu perkara yang harus diambil serius oleh masyarakat, namun masih ada segelintir pihak yang menganggap ia seperti perkara yang kecil sedangkan ia boleh menjadi trauma kepada mangsa.
Gangguan tersebut juga tidak terkecuali di tempat kerja dan sepatutnya tindakan berat diambil kepada pelaku. Lagi-lagi kalau melibatkan pelajar intern yang masih baru dalam alam pekerjaan.
Baru-baru ini, telah tular sebuah posting di TikTok mengenai seorang pelajar intern yang berkongsi kisahnya apabila dia diganggu oleh site manager di tempat kerjanya.
Nur Diyana, 21 berkata, dia mula menjalani latihan industri pada 1 Ogos 2022 di sebuah syarikat pembinaan persendirian yang terletak di Bandar Teknologi Kajang, Selangor.
Pada hari kejadian, dia telah memberikan arahan untuk mempercepatkan proses pengukuhan besi sebelum waktu tengah hari di tapak pembinaan sebuah kilang di Bangi.
Setelah dia kembali daripada membeli barang keperluan, dia terkejut apabila melihat pekerja-pekerja pengukuhan semuanya menghilangkan diri.
Oleh itu, dia bertindak menelefon pengurus pekerja berkenaan dan mengarahkan untuk mereka menghantar semula pekerja agar tugas itu dapat diselesaikan.
Tepuk peha sebagai tanda terima kasih?
Bagaimanapun, pengurus berkenaan memberitahu bahawa mereka tidak cukup pekerja dan meminta Diyana untuk tidak memanjangkan isu ini.
Pengurus tersebut juga turut turun ke site dan cuba menyiapkan tugasan tersebut sendiri bersama rakan kongsinya.
Menurut Diyana, setelah siap semua kerja, individu berkenaan telah datang kepadanya untuk mengucapkan terima kasih dan menepuk-nepuk peha Diyana sebelum keluar daripada site tersebut.
Bukan itu sahaja, pelajar tersebut juga mendakwa pengurus itu juga telah memegang lengannya untuk mengucapkan terima kasih.
Nafi dakwaan lakukan ganguan seksual
Keesokkan harinya, Diyana telah melaporkan kejadian tersebut kepada penyelia yang kemudian terus menghubungi pengurus terbabit.
Namun, pengurus berkenaan telah menepis dakwaan tersebut dan memarahi Diyana kerana menuduh dirinya.
“Dia kata saya fitnah dia, dia masih ingat anak bini. Dia tak ada nak buat benda tak elok,” kata Diana.
Setelah menafikan, pengurus tersebut akhirnya mengaku bersalah tetapi tidak berniat untuk melakukan gangguan seksual.
Tiada tindakan susulan?
Penyelia Diana memintanya untuk memaafkan sesama sendiri kerana tidak mahu hubungan antara syarikatnya dan syarikat tempat pengurus itu terjejas.
Setelah dia melaporkan kejadian itu ke pihak universiti, difahamkan mereka menganggap ini sebagai kes ringan dan perkara remeh kerana ia merupakan kesilapan pelajar sendiri kerana tidak berani bersuara.
Sumber : mStar, TikTok
Kesiann cerita adik ni…
Baca : Dari ‘Office’ Ke Jinjang Pelamin, Gadis Kahwini Bos Sendiri Lepas 4 Bulan ‘Intern’