Hanya kerana seketul cheeseburger, pekerja McDonald’s dimarah dan ditengking di khalayak ramai.
Menurut video yang tular di Twitter @MALAYSIAVIRALLL tersebut, seorang lelaki berbaju merah telah ‘berceramah’ panjang lebar kepada beberapa orang pekerja kerana telah membazirkan masanya.
Staff mekdi kena marah sebab makanan tak cukup. pic.twitter.com/2rX52CXi9X
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) June 3, 2023
Video dengan caption ‘orang tengah lapar jangan dibawa main ya’ itu kini telah menerima hampir 374 ciap semula.
“Awak rasa saya tak mampu beli ke, saya mampu beli semua!”
“Saya dah sampai rumah, nak makan tak ada, saya patah balik. Begini layanan saya? Sudahlah saya tunggu dekat luar, pergi bagi dekat kereta lain.”
“Awak rasa saya ada masa ke? Awak rasa saya ada masa datang sini balik?”
Walau bagaimanapun, warganet nampaknya tidak menyebelahi lelaki tersebut. Rata-ratanya rasa kasihan dan bersimpati terhadap pekerja yang menjadi mangsa.
Kalau korang tak percaya, korang boleh baca sendiri dalam ruangan komen.
“Aku pernah kerja f&b walau bukan mcd.. Penat dia sama.. Tapi kdg2 aku tak minat bila pekerja f&b suka buat muka acah penat tak nak senyum, lepas tu buat muka.. Aku faham penat, memang penat.. Janji senyum je.. Senyum dan ckp Terima kasih.. Ini layan aku mcm aku mencuri je? ermmm,” kata seorang netizen.
“Habis bagus ah tu jerit2 kt kedai, org nk makan pun tk senang. Apa masalah pakcik tu? Makanan tak cukup ke? Call jee McDonald’s suruh dia delivery.”
“As f&b, kesian gila orang depan sebab yang salah buat order mesti orang dapur, order lambat so on. Cashier/counter/ waiter memang akan kene maki je in whatever happens. Pernah this one time cust said “badan gemok macam b*** sbbtu kerja lambat” to one staff….”
“Cuba check betul2 sebelum buat penghantaran. No mistake. Orang lapar ni lain perangainya. Tahu korang ada bayak customer tetapi pasal makanan tak cukup tu tak sepatutnya berlaku. Check double check. Jgn laju2. Relaks. Asalkan makanan cukup. Ingat tu.”
Buat masa ini, lokasi McDonald’s ini masih lagi misteri.
Kesian Min tengok pekerja tu kena maki… Kalau Min, esoknya terus berhenti kerja.
BACA: “Kawal kemarahan, jangan bertengkar” – Peguam Kongsi Tips Sekiranya Kereta Dilanggar Dari Belakang