Berita pemergian 15 pelajar UPSI yang maut akibat kemalangan jalan raya yang berlaku di Gerik, Perak tempoh hari menyebabkan masih ramai yang belum ‘move on’ dengan kesedihan.
Dalam keadaan seluruh jiwa rakyat Malaysia masih lagi berduka, terdapat satu hantaran status di media sosial yang tidak terjangkau tahap kewarasan dan logiknya.
Manakan tidak, pengguna media sosial tersebut menyatakan pemergian kesemua pelajar terbabit adalah dalam keadaan tidak beriman. Individu tersebut mendakwa kesemua mangsa tidak layak masuk ke syurga kerana meninggal dunia dalam keadaan sedang berhutang dengan PTPTN.
Artikel berkaitan : Nahas Bas Pelajar UPSI: Mangsa Keluar Sendiri Selamatkan Diri, Ada Yang Terc*mpak
Artikel berkaitan : “Stop lah buat, hormat keluarga mangsa” – Netizen Kecam Tindakan Buat Gambar AI Nahas Pelajar UPSI
Menurut satu hantaran yang dimuat naik di media sosial seorang peguam, Mahmud Jumaat, dia memaklumkan status itu dibuat oleh individu yang memiliki latar belakang sebagai seorang pendidik atau guru. Walaubagaimanapun, status tersebut dipercayai telah dipadam.
Namun, berdasarkan semakan di akaun Facebook miliknya yang dihantar kira-kira setahun yang lalu, individu itu dipercayai sedang menderita sakit mental atau Skizofrenia. Namun tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihannya.
Menurut Mahmud, kenyataan itu begitu memalukan tambahan pula datang daripada individu yang berlatarbelakangkan pendidikan.
Tambahnya lagi, kesemua penuntut yang terkorban tersebut diyakini syahid setelah pemergian mereka dalam keadaan yang ingin menuntut ilmu. Manakala hutang mereka pula dikira langsai kerana peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilindungi sepenuhnya oleh Takaful.
“Saya yakin bahawa kesemua arwah mati Shahid dalam menuntut pelajaran sebagai pendidik ke jalan Allah. Saya tegaskan bahawa bab hutang PTPTN kesemua arwah secara tidak langsung telah langsai hutang mereka. Mengapa?
Semua pinjaman PTPTN dilindungi oleh takaful, dan syarikat pengendali takaful akan selesaikan baki pinjaman PTPTN arwah. Tidak cukup dengan itu, waris juga akan diberikan RM1500 khairat kematian bagi meringankan bebanan menguruskan kematian”
Namun menurutnya lagi, sekiranya individu tersebut betul-betul tidak sihat dan mengalami gangguan mental, kenalannya perlu berbuat sesuatu agar situasi tidak menjadi parah. Apatah lagi, dia dipercayai masih lagi berkhidmat sebagai seorang guru.
“Saya yakin guru yang normal tidak akan memberi komen yang negatif tatkala satu Malaysia sedang bersedih. Sekali, dia sendiri mengaku dia ada penyakit mental SKIZO! Kita maafkanlah dia. Ini yang saya kata orang keanehan upaya. Mungkin dia tidak sihat ketika membuat komen tersebut dan minta dikecam.
Cuma saya khuatir adakah dia masih berkeupayaan untuk menjadi pendidik bagi anak-anak kita memandangkan dia sendiri tidak sihat dari segi mental. Mungkin pihak yang mengenali beliau perlu melakukan sesuatu sebelum ia menjadi lebih parah!”