Dalam pada heboh mengenai isu orang ketiga atau sering digelar penyondol rumah tangga, sebenarnya banyak pengajaran yang boleh kita ambil.
Mengulas isu yang tular sejak minggu lepas, peguam syarie berpengalaman iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata wanita yang diceraikan suami susulan perkahwinan mereka diganggu pihak ketiga iaitu anak kepada dua artis terkenal, boleh menyaman individu tersebut.
Menurutnya, wanita itu boleh mengambil tindakan saman terhadap anak artis itu jika terdapat bukti kukuh bahawa gadis berkenaan adalah penyebab rumah tangga musnah.
Artikel berkaitan: “Saya mengaku bersalah” – Marissa Dania Hakim Buka Mulut, Beri Penjelasan Melalui Hantaran Di Instagram
Artikel berkaitan: “Pintu taubat sentiasa terbuka” – Anak Dilabel ‘Penyondol’, Ini Respon Norman Hakim
Namun begitu, katanya tindakan itu hanya boleh diambil jika wanita terbabit dan bekas suaminya masih lagi bergelar suami isteri iaitu ketika mereka belum disahkan bercerai sebagai usaha menghalang pihak ketiga mengganggu keharmonian rumah tangga yang dibina.
“Kalau nak ambil tindakan terhadap orang ketiga ini sebenarnya boleh dibuat ketika pasangan masih dalam perkahwinan seperti mana tindakan pelakon Puteri Sarah ambil sebelum ini.
“Semasa berkahwin ada beberapa pilihan, tapi kalau sudah bercerai, dia kena tahu tindakan apa yang ingin diambil untuk pihak ketiga itu.
“Selepas itu baru dia boleh buat laporan ke pihak pejabat agama terdekat untuk lakukan siasatan,” katanya.
Pernah mengendalikan kes perceraian Diana Danielle dan Puteri Sarah, Akberdin turut memaklumkan pendedahan dibuat wanita itu juga tidak menjejaskan jika dia ingin membuat tuntutan hak harta sepencarian termasuk tuntutan hadanah bagi dua anaknya.
Sementara itu, pihak lelaki juga boleh mengambil tindakan terhadap bekas isterinya jika dia ada bukti kukuh yang membuktikan semua dakwaan itu tidak benar kerana telah mengaibkan dirinya secara umum.
Sumber: mStar