in

Peguam Jelaskan Kenapa Gelarkan Anak Sebagai ‘Mini Wife’ Salah Di Sisi Undang-undang

ft mini wife

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu tentang pempengaruh yang menggelarkan anak perempuannya yang masih kecil sebagai ‘mini wife’ dilihat menjadi tumpuan netizen yang rata-ratanya kurang senang dengan perkara itu.

Majoriti meluahkan rasa bimbang dengan perkara tersebut. Disebabkan itu, ia membuatkan seorang peguam yang dikenali sebagai Jilliyana tampil membuat satu perkongsian kepada orang ramai tentang tindakan menggelarkan anak sebagai mini wife ini.


Artikel berkaitan : “Dia suka bersolek, berpenampilan kemas” – Dikritik Gayakan Anak Macam Orang Dewasa, TikToker Tampil Beri Penjelasan

Artikel berkaitan : “Kami akan ambil tindakan undang-undang” – Dakwa Video ‘Diedit’, Pempengaruh Nafi Gelarkan Anak ‘Escort Girl’

 

Tak boleh panggil anak ‘mini wife’ sebab….

Menurut Liyana, adalah satu kesalahan menggelarkan anak sebagai ‘mini wife’. Ia merupakan kesalahan di sisi undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

“Tak, awak tak boleh panggil anak kecil sebagai ‘mini wife’ sebab ia satu kesalahan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 dan di sisi undang-undang secara umum.”

“Ibu bapa seharusnya menjaga anak-anak mereka tanpa menggunkaan gelaran yang tidak sesuai untuk usia mereka.”

“Menganggap diri memainkan peranan sebagai suami isteri kepada anak boleh membuatkan hubungan jadi hilang batasan dan agak membahayakan perkembangan anak.”

“Penggunaan istilah sebegitu dilihat sebagai menjurus kepada ‘grooming’ atau eksploitasi seksual, yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.”

@jillliyana

No, you cannot call your daughter a “mini wife” under the Child Act 2001 (Malaysia) or in general legal terms. Parents are expected to care for their children without subjecting them to roles or expectations inappropriate for their age. Assigning spousal roles to a child blurs boundaries and can be seen as harmful to the child’s development. Such language might be viewed as suggestive of grooming or sexual exploitation, which is an offence under the Child Act 2001 and the Sexual Offences Against Children Act 2017.

♬ Animals – Maroon 5

Untuk rekod, pempengaruh Ilyas Faris menjadi tumpuan netizen sejak kebelakangan ini kerana didakwa menggelarkan anak sebagai ‘mini wife’.

Sumber : TikTok 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.