in

Peguam Jangka Najib Akan Dikeluarkan Dari Penjara Dalam Masa Sebulan

ft peguam najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin akan dikeluarkan daripada tahanan penjara dalam tempoh sebulan, kata pasukan peguam.

Peguam tersebut, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjelaskan bahawa perkara itu mungkin berlaku jika prosiding semakan kehakiman yang mencabar kewujudan Titah Adendum di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memihak kepada mereka.


Artikel berkaitan : Pekerja Kebun Sawit Dipenjara & Denda RM 4K Gara Rakam & Simpan Video Luc*h Nenek

Artikel berkaitan : Peguam Dedah Surat Istana Pahang, Sahkan Wujud Titah Adendum Benar Najib Jalani Tahanan Rumah

“Ia bergantung kepada mahkamah… Jika hakim memutuskan memihak kepada kami, mungkin dalam tempoh sebulan, beliau akan kembali.”

Sebagai rujukan, Najib Razak menjalani hukuman penjara 6 tahun pada 23 Ogos 2022 selepas beliau disabitkan kesalahan menyeleweng dana sebanyak RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Oleh itu, beliau ada memfailkan petisyen untuk memohon pengampunan diraja pada 2 September tahun sama.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara buat Najib Razak daripada 12 tahun kepada 6 tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta dan ia menjadikan beliau bakal bebas pada 23 Ogos 2028.

najib razak

Titah Adendum didakwa membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan di rumah dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sebelum ini, Najib telah berjaya mendapatkan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi yang bersidang bersama Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril dengan majoriti 2-1, membenarkan rayuan Najib, 72, untuk mendapatkan kebenaran itu.

Keputusan majoriti telah dicapai oleh Azhahari dan Mohd Firuz sementara Azizah menentang keputusan terbabit. Ditanya mengenai reaksi Najib, Mohamed Shafee berkata, anak guamnya itu menunjukkan isyarat tanda bagus dan gembira dengan keputusan berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.