Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh pasukan Bomba & Penyelamat daripada cubaan membunuh diri di jejantas Stesen Monorail Jalan Maharajalela, sebentar tadi.
Menurut laporan, ketika kejadian pada 8.57 pagi tadi, wanita berusia 39 tahun tersebut dilihat berdiri di atas bumbung jejantas berkenaan yang berketinggian 9.1 meter. Bukan itu saja, dia juga turut memegang sebilah pisau dan mengacukan ke lehernya bertujuan untuk menghalang pihak yang cuba menyelamatkannya.
Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Wan Hamizan Kamaruddin berkata seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu ditugaskan ke lokasi untuk operasi menyelamat wanita warga tempatan itu.
Hasil tindakan pantas anggota bomba berjaya menangkap mangsa pada jam 9.28 pagi dengan selamat.”
Mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Orang ramai yang berhadapan dengan masalah ketidakstabilan emosi digalakkan dan dialu-alukan untuk berkongsi atau membuat aduan.
Anda boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih Befrienders di talian 03-76272929 atau e-mel kepada sam@befrienders.org.my
Baca: [Video] Lelaki Cuba Bunuh Diri Sebab Dikecewakan Oleh GF, Batal Hasrat Lepas ‘Dipujuk’ Abang Bomba