in

Pedro & Inês: Kisah Cinta Agung Yang Lebih Epik & Tragis Dari ‘Romeo & Juliet’

collagefeat 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya kisah cinta agung yang berakhir dengan tragedi ni mesti memberikan kesan yang mendalam dekat kita kan? Sebab tu lah kisah cinta yang paling diingati ramai adalah seperti Titanic, Tenggelamnya Kapal van der Wijck atau yang paling legend Romeo dan Juliet.

Kalau korang nak tahu, di Portugal ada kisah cinta teragung dorang sendiri tau, iaitu kisah cinta Raja Pedro dan Inês de Castro yang dikatakan lebih tragik dari Romeo dan Juliet. Walaupun kisah mereka ini tak berakhir seperti yang diharapkan, ia tetap mempunyai pengakhiran yang epik.


Artikel berkaitan: Kisah 5 Individu Yang Bercinta Dengan Objek, Ada Yang Kahwin Dengan Dinding!

Artikel berkaitan: Ini Kronologi Percintaan Diraja Di Antara King Charles & Queen Camilla

Kalau korang nak tahu, jom baca!

Pertemuan Pedro dan Inês

na 618e5d4005b54

Semuanya bermula pada abad ke-14 apabila Putera Pedro yang ketika itu merupakan pewaris takhta bertemu dengan Constança dari Istana Castela.

Pedro dan Constança telah dijodohkan untuk berkahwin oleh kedua ibu bapa mereka. Namun begitu, Pedro telah terjatuh hati dengan salah seorang pembantu Constança bernama Inês de Castro.

Inês de Castro merupakan anak luar nikah Pedro Fernández de Castro seorang bangsawan dari Galicia dengan seorang wanita Portugis bernama Aldonça Lourenço de Valadares. Dia telah menghabiskan usia awalnya di istana Albuquerque sebelum menjadi pembantu peribadi Constança Manuel.

na 618e4c5eea39d

Cinta Pedro berbalas apabila pembantu ini turut jatuh hati dengan putera raja ini sehinggakan mereka telah membuat hubungan sulit walaupun selepas Pedro mengahwini Constança. Dikatakan, hubungan ini diketahui oleh Permaisuri tersebut sehingga membuatkan dia patah hati sekaligus meninggal dunia selepas melahirkan anak pertama mereka.

Kematian Constança

Kematian Constança ini menyebabkan Pedro merasakan bahawa ia masa yang sesuai untuk bersama dengan Inés secara terbuka. Namun begitu, bapanya King Afonso IV tak bersetuju dan melarang mereka untuk berkahwin.

Disebabkan ini, Pedro dan Inês membuat keputusan untuk tinggal bersama-sama di Coimbra dan meneruskan hubungan mereka sehingga mendapat anak.

Manakala abang-abang Inês yang merupakan bangsawan terpengaruh di Sepanyol pula cuba untuk mendapatkan takhta Pedro yang dikatakan akan diambil alih oleh anak-anak Pedro dan Inês.

Kematian Inês de Castro

na 618e4c5e98895

Kerana mahu menjaga takhta Portugal, King Afonso telah termakan kata-kata penasihatnya yang mencadangkan bahawa cara paling efektif untuk elak campur tangan Sepanyol adalah dengan memisahkan Pedro dan Inês untuk selama-lamanya.

Ekoran ini, ketika ketiadaan Pedro, Inês telah dijatuhkan hukuman mati. Hukuman ini dijalankan pada 7 Januari 1355 oleh King Afonso.

Disebabkan kecewa dan patah hati dengan pemergian cinta hatinya ini, Pedro telah melancarkan perang sivil terhadap bapanya dan konflik ini hanya terhenti selepas campur tangan Permaisuri Portugal iaitu ibu Pedro dan isteri King Afonso.

Pengabadian cinta Inês

Kemudian pada 1357, Pedro telah menaiki takhta dan menjadi Dom Pedro I. Tiga tahun kemudian, Pedro telah membuat pengumuman mengatakan bahawa dia sebenarnya telah pun berkahwin dengan Inês pada 1354 di Bragança. Oleh kerana ini, Inês telah memegang gelaran sebagai Permaisuri Portugal.

Selain itu, Pedro juga turut meminta agar makam Inês dan dirinya sendiri dibuat di Biara Alcobaça dan meminta agar jenazah isteri tercintanya itu dialihkan dari kubur ke makam yang dibina.

na 618e4d1638faf

Selain itu, Pedro juga telah mengarahkan semua rakyatnya termasuk orang biasa untuk turut serta dalam proses pengebumian Inês ini bagi menghormati kematian permaisuri tersebut.

Kalau korang nak tahu, salah satu aspek yang paling dikenali mengenai kisah cinta Pedro dan Inês ini adalah apabila mayat Inês ditabalkan menjadi permaisuri. Mayatnya telah dikeluarkan dan dipakaikan dengan pakaian rasmi diraja sebelum diletakkan di atas takhta dan ditabalkan menjadi permaisuri. Fuh!

Tak cukup dengan itu, Dom Pedro i juga turut mengarahkan kesemua bangsawan yang menyertai pertabalan itu untuk mencium tangan permaisuri yang telah pun mangkat ni.

na 618e56e20bf74

Manakala dua individu yang menyertai pembunuhan Inês iaitu Pêro Coelho dan Álvaro Conçalves telah ditangkap dan dibunuh oleh Pedro sendiri sebagai pembalasan untuk permaisurinya itu.

Ada beberapa cerita mengatakan, ketika dua individu ini dibunuh, Pedro telah melihat sendiri hukuman tersebut dan meraikannya dengan memakan hati mereka kerana menurut raja ini, orang yang mengambil nyawa orang yang tak bersalah tak layak mempunyai hati.

Manakala seorang lagi individu yang terlibat dalam pembunuhan Inês, Diogo Lopes Pacheco telah melarikan diri ke Perancis dan kemudiannya mendapat pengampunan Dom Pedro ketika raja ini nazak.

Menurut cerita orang di sana, air pancut Fonte das Lágrimas yang menjadi saksi kematian Inês dikatakan datang dari air mata permaisuri itu dan kesan darahnya tetap ada sehingga hari ini serta rohnya pula masih berkeliaran di kawasan itu!

Sumber: Daily Art Magazine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.