in

PDRM Sahkan Dolla Diperiksa Anggota Sebenar, Bukan Penyamar

Dolla Dakwa Ditahan Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial tentang satu insiden yang berlaku kepada kumpulan wanita Dolla yang mendakwa telah ditahan oleh 3 orang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis pada Selasa lalu.

Pun begitu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan menepis dakwaan kumputan berkenaan.


Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. Anbagalan berkata, ketiga-tiga individu berkenaan adalah anggota polis sebenar yang sedang menjalankan tugas untuk memantau kegiatan ops pusat hiburan dan rondaan mencegah jenayah di kawasan Pentadbiran Puchong.

Dolla Didakwa Diganggu

Difahamkan, polis telah memperkenalkan diri mereka selain menunjukkan kad kuasa sebelum meminta kad pengenalan daripada kumpulan wanita terbabit untuk semakan jenayah.

Tambah Anbagalan, tindakan polis berkenaan diambil selepas mendapati empat wanita itu berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan pada jam 11.30 malam. Namun, mereka kemudiannya dibenarkan beredar dari lokasi selepas pemeriksaan tidak menemui sebarang kesalahan.

A A Anbalagan

Terdahulu, kumpulan Dolla telah memuat naik foto di akaun Twitter mereka yang mendakwa mereka ditahan oleh tiga orang individu yang menyamar sebagai anggota polis ketika mereka sedang menunggu kenderaan untuk pulang selepas selesai latihan menari.

Justeru, A Anbagalan meminta kumpulan berkenaan untuk tampil bagi memberi penjelasan bagi membantu siasatan sama ada terdapat kesalahan semasa anggota polis membuat rondaan.

Baca : “Sangat kasar & ‘intimidating’!” – Dolla Diganggu 3 Lelaki Mengaku Polis, Siap Minta IC!

Dolla Diganggu

Sumber: Twitter
Sumber: Selangorkini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.