Sejak 1 Ramadan yang lalu, segelintir pelanggan berkongsi di media sosial tentang mereka ditipu oleh peniaga di bazar Ramadan. Ada yang dapat pulut panggang yang keras, nasi ayam basi dan sebagainya.
Terbaharu, satu lagi video telah tular memaparkan seorang individu telah ditipu oleh peniaga kuih popia basah. Bagaimanapun, dia tidak memberitahu di mana tempat dia membeli makanan tersebut.
Popia basah inti mentah
Selalunya, inti popia basah adalah sengkuang dan lobak merah yang dihiris dan direbus, kobis yang diracik dan bahan-bahan yang lain. Namun, individu tersebut berasa hampa kerana popia basah yang dibeli di bazar Ramadan tidak sama dengan kebiasaan rupa kuih itu.
Artikel berkaitan: Netizen Geram Peniaga Bazar Ramadan Aniaya Pelanggan, Pulut Panggang Didakwa Keras Macam Kayu
Artikel berkaitan: Terima Aduan Popia Berbau Dijual Di Bazar, Pejabat Kesihatan Akan Buat Siasatan
Menerusi hantaran di X, dia menunjukkan kuih popia basah yang intinya hanyalah kobis dan lobak merah yang dihiris kasar. Lebih mengecewakan, inti tersebut tidak direbus dan rupanya nampak mentah.
Kau tengok dalam ni… Dapat kobis je? Penuh… berlambak ni! Ini je? Ini ke bazar? Sedihnya!
Selain itu, dia berkata sos popia basah tersebut juga pedas sehingga dia tidak mampu menghabiskan kuih itu.
Popia basah bukan memang macam ni ke? Ke dah lain sekarang. Sebab aku dah lama tak beli. pic.twitter.com/hpBVgrEevf
— helmi (@helmyyelmo) March 17, 2024
“Kembang tekak tengok!” – Netizen
Di ruangan balas dalam hantaran itu, ramai netizen kecewa dengan peniaga popia basah berkenaan yang tidak jujur.
Segelintir daripada mereka berbincang bahan sebenar yang perlu ada dalam kuih popia basah.
Mungkin brader ni beli yang dah siap pack.. tahu-tahu inti dalam dia macam tu..
Sumber: X