in

“Patutnya saya pecat semua sekali” – PM Luah Rasa Kecewa Dengan Menteri Bantah Parlimen Dibubar

collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selasa lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menyifatkan bahawa tindakan 12 menteri dari Perikatan Nasional untuk mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi membantah pembubaran Parlimen telah mencetuskan ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.

Semalam ketika berucap di Majlis Solidariti Kestabilan & Kemakmuran Negeri Perak, beliau sekali lagi meluahkan kekecewaannya dengan tindakan menteri kabinetnya, lapor NST.


Saya telah bawa isu ini (pembubaran Parlimen) kepada kabinet sebanyak dua kali. Dah tentu ada pendapat yang bercanggah tapi saya bawa isu ini supaya mereka tahu niat saya.

“Saya beritahu Yang Di-Pertuan Agong bahawa ada 12 menteri yang telah menulis surat membantan pembubaran Parlimen.

“Patutnya saya pecat semua sekali, tetapi saya tidaklah seperti itu. Saya orangnya baik dan lemah lembut.”

ismail sabri perutusan khas fb 101022 1 1

Beliau berkata, isu mengenai pembubaran Parlimen sepatutnya tidak dipersoalkan terutama dalam kalangan anggota Kabinet kerana ia dijalankan mengikut proses yang ditetapkan dalam Perlembagaan.

Namun jelasnya, dia tak mahu “berperang” dengan mereka kerana apa yang penting untuknya adalah mengekalkan perhubungan dengan 12 menteri ini.

Selain itu, Ismail Sabri turut mempersoalkan tindakan pembangkang Charles Santiago yang memfailkan saman terhadap beliau kerana membubarkan Parlimen.

Sebab pembangkang kata kerajaan hari ini tidak berapa sah, kerajaan hari ini ‘kerajaan tebuk atap’, kerajaan hari ini ‘tebuk dinding’, kerajaan hari ini kerajaan ‘tebuk pintu belakang’.

“Berbagai-bagai tuduhan yang dibuat mereka tentang keabsahan kerajaan yang ada pada hari ini. Kalau macam tu elok kita bubarkan. Ini, saman kita pula.”

 

Baca: [TERKINI] PM Umum Parlimen Bubar Berkuatkuasa Hari Ini

BUBAR

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.