in

“Patutnya dia discharge semalam” – Pesakit Covid-19 Wanita Ditemui Mati Lepas Terjun Dari Tingkat 8 Hospital Di Sabah

Ek5Oos2Vkaahnj0

Jangan pandang remeh dengan penyakit mental.

Malam Rabu lalu (21 Oktober) seorang pesakit Covid-19 wanita berusia 63 tahun telah ditemui mati dipercayai terjun dari bangunan tingkat 8 Hospital Queen Elizabeth 1 di Kota Kinabalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji, pihak polis mendapat laporan mengenai insiden ini pada pukul 9.30 malam, lapor Awani.

51603331771 Bunuhdiri

Wanita tempatan berusia 63 tahun ini terjun dari tingkap di tingkat lapan bangunan hospital sebelum disedari pihak hospital.”

Kalau korang nak tahu, warga emas ini telah disahkan positif Covid-19 pada 13 Oktober lalu dan dia telah disahkan bebas dari penyakit ini dan sepatutnya keluar hospital pada hari Khamis.

Bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca mangsa terjun dan mencari saksi di tempat kejadian.

Setakat ini, insiden ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan pihak polis menggesa orang awam yang ada maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil membantu siasatan.

Screenshot 2020 10 23 At 12.40.24 Pm

Kalau korang berdepan dengan masalah emosi tak stabil atau ada keluarga atau rakan yang mempunyai masalah ini, korang boleh kongsikan dengan sukarelawan terlatih di Befrienders.

Befrienders menyediakan khidmat sokongan emosi 24/7 kepada orang yang mempunyai masalah kemurungan atau mempunyai niat untuk membunuh diri.

Korang boleh hubungi Befrienders di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel sam@befrienders.org.my. Jangan risau, panggilan adalah percuma.

Baca: “Yang lalui je faham” – Ibu Cekik Anak Autistik Sampai Mati Sebelum Bunuh Diri Sebab ‘Depressed’ Jaga Anak

Screenshot 2020 10 23 At 12.46.56 Pm

Sumber: Awani