Meningkat dan terus meningkat… Itulah yang admin boleh gambarkan situasi kes COVID 19 di Malaysia ini.
Daripada 1,000 kes sehari, ke 2,000 kes dan kemudian semalam kes harian kita meningkat kes paling tertinggi dicatatkan dengan 3,027 kes. Aduhai seram!
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.390879946236/10157624390381237/
Hasil undian ramai mahu PKP dilaksana semula?
Peningkatan kes yang seperti tiada tanda-tanda untuk turun itu membuatkan ramai di kalangan rakyat mula terasa resah dan takut dengan keadaan sekarang.
Tambahan pula muncul berita dan video yang tular menunjukkan situasi hospital dan pusat kuarantin yang kelihatan teramat penuh dengan pesakit COVID 19.
Pohon sedikit pencerahan & penjelasan dari @DGHisham @JemilahMahmood jika ada info sahih, ini di mana, apa yang sebenarnya sedang berlaku.@KKMPutrajaya https://t.co/UpDMKaQe4C
— Fahmi Fadzil ?? (@fahmi_fadzil) January 8, 2021
Atas inisiatif sendiri, sebuah page kesihatan, Public Health Malaysia (PHM) telah membuat undian untuk mengetahui kehendak rakyat Malaysia sama ada mereka mahukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula ataupun tidak.
Hasil undian di Facebook tersebut rupanya mendapati 97% mahu PKP dilaksanakan semula. Wah betul ke?
https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/2838992676390586
https://www.facebook.com/1712327752390423/posts/2839672419655945/?d=n
“Sebaiknya buat je PKP seluruh negara”
Antara yang menyokong keputusan melaksanakan PKP ini berkata, perkara tersebut harus dilakukan supaya jumlah kes dapat diturunkan sebelum sesi persekolahan bermula.
Malah ada juga yang berpendapat, perkara wajar ini dilakukan secara bersasar supaya ekonomi tidak terlalu terjejas. Yang paling penting, sekat perjalanan antara sempadan negeri dan daerah supaya virus tidak mudah merebak. Hmm ada betul juga tu!
“Kami peniaga baru saja nak bernafas… tak perlu PKP”
Walau bagaimanapun, ramai juga yang menyatakan rasa tidak setuju mereka untuk mengadakan PKP semula kerana ia akan menjejaskan ekonomi dan sumber pendapatan mereka yang berbisnes. Kesian juga kan…
Apa-apapun kita tunggulah keputusan lanjut daripada KKM dan MKN.