in

“Patutlah segar bugar pegaga tu” – Individu Marah Warga Asing Buang Air Besar Tepi Longkang

Pengotor Buang Air Besar

Pentingnya untuk kita menjaga kebersihan diri dan kawasan persekitaran agar penyakit berbahaya tidak mudah berjangkit.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan dua warga asing telah dimarahi oleh orang awam kerana membuang air besar di kawasan longkang.

Menerusi video itu, pemilik video bertanyakan warga asing tersebut mengenai najis berkenaan dan mengapa mereka membuang air besar di situ.

Ini apa? You ingat ini Malaysia ke B*********? Malaysia boleh b**** macam ini ke? 

“Ini rumah, ini taman, faham? You b**** dekat sini buat apa? You b**** dekat tandas bukan dekat sini,” marahnya.

Artikel berkaitan: “Bukan sekali dua berlaku” – Tuan Rumah Kena Hadap Penyewa Pengotor, Tunggak Sewa & Bil Api Air

Artikel berkaitan: Hidup Dalam Flat Kotor Penuh Sampah & Najis, Dua Beranak Dibela JKM

Video berkenaan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang jijik melihat najis di kawasan itu. Malah ada yang mengatakan perkara ini mungkin terjadi sebab syarikat pembinaan tidak menyediakan tandas yang sesuai buat pekerja.

Siap ada yang berjenaka, mungkin itulah sebabnya tumbuhan pegaga yang ada di situ kelihatan subur dan segar bugar. Aduhai! 

Ikan

Kalau jadi macam ni, memang patutlah ditegur atau laporkan kepada majikan pekerja. Risaulah kalau boleh menyebabkan penyebaran penyakit. 

Sumber: Twitter