in

“Patutlah Ronaldo sanggup joget camtu” – Ini Jawapan Kenapa Ronaldo ‘Sanggup’ Menari Untuk Shopee

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila korang bukak TV, korang mesti cringe gila bila tengok bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo menari lagu Baby Shark versi Shopee tu kan?

Sejak iklan tu dimainkan di televisyen, ramai betul orang tanya, macam mana Shopee boleh bayar Ronaldo untuk buat macam tu? Paling penting, macam mana Ronaldo boleh sanggup nak terima job ni?


Mana taknya, Cristiano Ronaldo ni dah lah kaya, takkan lah dia hadap sangat nak buat iklan ni? Sampaikan Forbes senaraikan Ronaldo sebagai selebriti ke-6 terkaya di dunia kot!

Blackpink duta pertama Shopee

Sebelum tu, kalau korang nak tahu, kumpulan K-pop yang tengah hangat, Blackpink pun pernah tau jadi duta Shopee tahun lepas.

Shopee jadikan Blackpink sebagai duta pertama dorang untuk membuat promosi jualan Hari Jadi 12.12.

Namun, seorang pensyarah Indonesia telah mengeluarkan satu petisyen untuk menghentikan iklan tersebut dengan alasan pakaian seksi dan tak tutup aurat dari iklan ini telah menghantar mesej yang salah kepada penonton muda.

Disebabkan petisyen itu mendapat tandatangan sebanyak 123,000, Shopee terpaksa menghentikan iklan tersebut.

Lepas Blackpink, Shopee cuba Ronaldo pula

Bermula Ogos tahun ni, Shopee mula memilih Ronaldo untuk menjadi wajah rasmi syarikat ini. Chris Feng, CEO Shopee mengatakan, tujuan dia memilih Ronaldo adalah kerana bintang ni mempunyai visi yang sama dengan Shopee iaitu fokus, dedikasi dan kesungguhan.

Tapi, persoalan dia, macam mana Ronaldo boleh setuju nak menari untuk Shopee?

Menurut salah seorang pengguna Reddit Singapore, selebriti besar seperti Cristiano Ronaldo ni terikat dengan “kewajipan media”, di mana setiap bintang perlu membuat iklan komersial beberapa jam setiap minggu.

Cristiano Ronaldo Junto Peter Lim 1500720149483
Sumber: sport-english. Com

Ditambah lagi, menurut The Straits Times, Peter Lim seorang billionaire dari Singapura telah membeli hak imej Ronaldo selama enam tahun pada tahun 2015.

Ini bermakna, sesiapa nak guna wajah Ronaldo, mereka perlu membuat deal dengan Mint Media iaitu syarikat di bawah naungan Peter Lim. Jadi, mungkin Shopee Singapura hanya perlu menghubungi Peter Lim untuk “beli” Ronaldo.

Dikatakan, iklan ni dorang shoot dekat green screen masa kelab bola Juventus turun ke Singapura bagi menghadiri International Champions Cup 2019 di sana.

2019 08 15 78097 1565862843. Large
Sumber: the jakarta post

Dengar ceritanya, semasa iklan Shopee ini dirakamkan, ramai peminat Ronaldo sanggup turun ke Our Tampines Hub untuk mendapatkan peluang berjumpa dengan Ronaldo depan mata, tapi tak ada orang yang boleh masuk kerana ia adalah majlis tertutup.

Lagipun Ronaldo ni memang baik dengan Peter Lim dan dia pun dah beberapa kali turun ke Singapura hanya untuk melawat Peter. So tak hairanlah kalau dia setuju nak shoot iklan bagi syarikat dari Singapura ni.

Macamtulah ceritanya… Tapi sampai sekarang kita still tak tahu berapa Shopee bayar Ronaldo. Yang penting, confirm mahal.

 

Baca: “Tak jemu tengok..” – Lihat Apa Ronaldo Buat Dekat Peminat Cilik Dia Yang Tak Henti-Henti Pandang

Screenshot 2019 10 01 At 3.49.07 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.