in

“Patutlah Nampak Rapat Semacam” Isteri View Chin Dedah Suami Ada Skandal Dengan Pekerja Sendiri

View Chin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya, sejak 2-3 bulan ini kita selalu ‘dihidangkan’ dengan berita-berita penceraian dan skandal artis ya… Tidak terlepas, isteri seorang TikToker yang terkenal, View Chin telah mendedahkan bahawa suaminya ditangkap curang dengan pekerja sendiri!

Melalui postingnya di laman FB, Shermine Hau-Ah Moi, isteri kepada View Chin telah mendedahkan kepada umum mengenai kecurangan suaminya. Ketika artikel ini ditulis, posting Shermine telah mendapat 33k likes dan 14k shares.


Katanya lagi, dia sangat kecewa dengan suaminya kerana sanggup menduakannya.

“Bulan lepas, mereka telah pergi beli hadiah untuk hari jadi saya bersama-sama. Saya tidak sangka ini akan berlaku. Saya ingat suami saya mencintai saya.”

Tambahnya lagi dalam posting yang berbeza, Shermine sangat kecewa kerana tidak mengendahkan laporan-laporan daripada netizen.

“Pertama sekali, saya ingin meminta maaf. Sebagai seorang influencer yang popular, saya meminta maaf kepada semua peminat, supplier, family dan kawan-kawan. Saya dan keluarga sangat kecewa dan sakit hati dengan semua yang berlaku.”

“Kepada semua followers yang pernah nasihatkan saya supaya berhati-hati, saya akui apa yang anda cakap itu benar. Tetapi, saya sangat percayakan suami saya. Katanya, semua ini hanyalah marketing strategy… Biarlah orang kecam asalkan view naik.”

“Tetapi, rupanya saya yang salah. Salah saya kerana mempercayai suami yang sudah berkahwin dengan saya selama 8 tahun.”

“Lebih mengecewakan, pada September 2022 lalu, suami saya pergi ke Bali sendirian kerana stres. Tetapi, ada seseorang yang DM saya di Instagram dan melaporkan bahawa suami saya bukan ke Bali seorang diri.

“Suami hanya jawab ‘awak terlalu famous, ada orang bersikap toksik terhadap kita’. Suami minta saya blok akaun tersebut dan tidak mempedulikan tuduhan tersebut lagi.”

Shermine juga sempat mengingatkan orang lain agar tidak menjadi perampas.

“Finally, Tuhan sudah tunjukkan. Siapa jadi penyondol, dialah yang tanggung.

Kalau nak main, jangan main laki orang. Bukan tak cantik, jangan lah jadi perampas

I bagi you live, bagi u kerja, bukan bagi u laki tau?”

Rentetan isu ini, ramai yang bertindak memboikot sebarang siaran langsung (live) yang diadakan oleh View Chin.

Netizen juga turut memberikan kata-kata semangat untuk isterinya dan meminta Shermine agar tidak mudah berputus asa.

View Chin

View Chin merupakan seorang founder barangan fesyen yang sangat terkenal di TikTok. Buat masa sekarang, laman TikToknya mempunyai 2.5M followers.

Sumber: FB Shermine Hau-Ah Moi

Baca: Membohong je keje kau kan?’ Afiq Muiz Dedah Mesej Isteri Curang, Adik Dakwa Pernah Maki Ibu

View Chin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.