Seperti yang kita semua sedia maklum, sebelum ini kecoh diperkatakan mengenai kes penculikan ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, yang dibawa ke Thailand dan akhirnya berjaya diselamatkan pihak polis beberapa hari lalu.
Walau bagaimanapun di TikTok, tular dua gambar milik mangsa yang menjadi perbualan hangat netizen sehingga ada yang mengatakan mangsa telah ‘dipersendakan’ dek kerana paras rupanya yang berbeza di dalam kedua-dua gambar.
https://www.tiktok.com/@bajetcun/video/7149836151464021275?fbclid=IwAR1OIU-IahZvHHJw4DwUUI9vAiu3pJgFdO9ORmSmI8s0r9gb5BX0RwB_wZ0&is_from_webapp=v1&item_id=7149836151464021275&refer=embed&referer_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2F&referer_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2Fpatutlah-lambat-kesan-gambar-ejen-kosmetik-jadi-bahan-senda-warganet%2F%3Futm_source%3Dfb_page&referer_video_id=7149836151464021275&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh%20My%20Media
Menerusi video tersebut, ia telah memaparkan dua gambar mangsa iaitu salah satunya berpakaian serba putih (gambar yang diwar-warkan ke media) dan satu lagi gambar mangsa yang tidak mengenakan apa-apa filter mahupun solekan.
Ambik iktibarlah kepada mereka yang selalu pakai filter. Macam mana polis Thailand nak kenal mangsa culik tu kalau macam tu gambarnya. Nasib baik laki dia kenal,” tulis kapsyen video.
“Patut lama cari…”
Rata-rata netizen yang melihat video itu meluahkan rasa terkejut dengan perbezaan kedua-dua gambar kerana menurut mereka ia sangat berbeza dengan gambar yang diberikan kepada media.
Malah ada yang siap berjenaka mengatakan patutlah polis mengambil masa yang lama untuk mengesan mangsa kerana gambar yang digunakan sangat lain dengan rupa sebenar mangsa.
“Wanita ini lalui pengalaman trauma & korang jadikan dia bahan lawak??”
Isu ini kemudian mendapat perhatian warga Twitter yang kemudian menyelar tindakan netizen yang mengecam wanita itu dek kerana penampilannya yang berbeza dalam kedua-dua gambar.
Menurut netizen di Twitter, wanita ini tidak sepatutnya dipersendakan kerana dia telah melalui trauma yang teruk ketika diculik, sebaliknya mereka patut bersimpati kepadanya dan lebih sensitif dalam memberi komen.
Harap korang berhati-hatilah dalam berkata-kata. Mangsa diculik dan ia bukan perkara main-main. Keluarga dia mesti sedih kalau baca komen macam ni.