Gunung Berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia semalam dilaporkan telah meletus hingga menyebabkan asap tebal di ruang udara negara seberang terbabit.
#BREAKING: Large eruption reported at Mount Sinabung Volcano in northern Sumatra, Indonesia. pic.twitter.com/BSxxBfC6Al
— UA News (@UrgentAlertNews) August 10, 2020
Menurut Harian Metro, asap debu daripada letusan itu juga kini telah memasuki ruang udara utara Selat Melaka, negeri di utara serta timur Semenanjung Malaysia bermula malam semalam.
Antara negeri yang terbabit ialah Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Jejas operasi penerbangan tapi tak jejas kualiti udara
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon, berkata keadaan itu boleh menjejaskan operasi penerbangan pada paras 1,500 hingga 5,000 meter.
“Berdasarkan kepada Model Trajektori Integrasi Lagrangian Hibrid Partikel Tunggal (HYSPLIT) dijana MetMalaysia dan ramalan dari Pusat Amaran Debu Gunung Berapi Serantau (VAAC) Darwin, Australia, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai perkara itu.
“Ia dijangka tidak akan menjejaskan kualiti udara di negara ini. Tiada kesan gempa bumi dan tsunami dijangka melanda Malaysia akibat letupan gunung berapi berkenaan.
“Keadaan semasa Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara turut menunjukkan kualiti udara yang biasa (baik dan sederhana),” katanya.
https://www.facebook.com/malaysiamet/photos/a.330711973645439/3061410713908871/?type=3&theater
“Patutlah semalam bahang gila” – Netizen
Walau bagaimanpun, rata-rata netizen yang membaca info ini mengakui cuaca semalam terasa sedikit bahang dan panas daripada kebiasaannya.
Malah ada juga yang menyifatkan kejadian ini sebagai petanda daripada Tuhan yang dunia semakin tenat.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke Facebook MetMalaysia dan marilah sama-sama kita doakan semoga warga Indonesia yang terlibat tabah hadapi dugaan ini.