in

“Pastikan aku ada” – Pekerja ‘Courier’ Dimarahi Individu Sebab Hantar Barang Bila Isteri Sahaja Ada Di Rumah

jnt 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang selalu membeli-belah secara atas talian semestinya perlu bersedia jika pekerja penghantaran sampai ke rumah pada bila-bila masa sahaja untuk menghantar barang yang dibeli.

Pun begitu, satu hantaran telah tular di TikTok baru-baru ini memaparkan tangkap layar mesej pekerja penghantaran yang dimarahi individu kerana menghantar barang pada waktu isterinya sahaja berada di rumah.


“Pastikan aku ada sebab aku suami dia”

Dalam mesej tersebut, pekerja courier itu telah ‘disembur’ oleh seorang lelaki yang ‘tidak selesa’ dengan kehadiran dirinya untuk menghantar barang kerana bagi individu berkenaan situasi itu akan mengundang fitnah.

Artikel berkaitan: “Berkat ke?” – Individu Luah Rasa Kecewa Abang ‘Courier’ Selalu Genapkan Harga COD

Artikel berkaitan: Isu Parcel Tak Sampai-sampai, Rupanya Ada Courier Buat Bisnes ‘Unclaimed Parcel’ Untuk Dapat Duit?

Pekerja courier tersebut juga perlu memastikan individu berkenaan ada di rumah jika hendak menghantar barang di rumah itu.

Aku suami dia. Lepas ni kalau nak hantar barang ke apa pastikan time hantar tu aku ada. Sebab nanti akan mengundang fitnah. Aku dah cakap dengan bini aku. Aku tak izinkan sesiapa yang hantar barang kalau aku takde. Jadi, kalau nak hantar barang lepas ni pastikan aku ada sebab aku suami dia.

“Aku ni hantar barang je..”

Bagaimanapun, pekerja courier yang menjadi mangsa keadaan itu memarahi semula individu tersebut kerana kerjanya hanya untuk menghantar barang yang telah dipesan oleh pelanggan.

Apa masalah nak mesej aku macam ni, aku ni hantar barang je takda kena mengena dengan bini kau atau bini sesiapa pun. Kalau tak nak barang dihantar, minta isteri abang tu jangan order barang.. terima kasih.

Siapa yang salah sekarang ni.. Abang pergi letak bini abang kat gua sana kapsyen video
jnt 2
Sumber: TikTok

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen bingung dengan perangai individu berkenaan.

jnt 1

Alamak.. pening kalau gini

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.