in

Pasport Terbang, SPRM Tahan 4 Penguatkuasa Yang Terima Rasuah

Pasport Terbang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan empat pegawai penguat kuasa yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pasport terbang membabitkan rasuah kira-kira RM3,000.

Memetik laporan Astro Awani, dua daripada mereka ditahan selepas dikesan mencop pasport tanpa kehadiran pemilik semasa pemeriksaan Unit Pematuhan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), sebelum diserahkan kepada SPRM. Dua lagi suspek ditahan kemudiannya kerana disyaki bersubahat.


Screenshot 2025 07 27 at 11.46.21 AM

Artikel berkaitan: Tak Ada Passport & Lesen Serta 5 Lagi Fakta Menarik Pasal Ratu Elizabeth II

Artikel berkaitan: “Tindakan mencurigakan dikesan CCTV” – Pegawai Penguat Kuasa Ditahan Kegiatan “Counter Setting” Di KLIA

Semasa tangkapan, SPRM merampas 14 pasport milik warga asing, empat telefon bimbit dan wang tunai dipercayai hasil rasuah. Difahamkan, setiap pasport yang dicop tanpa kehadiran pemilik melibatkan bayaran sekitar RM200.

Siasatan awal menunjukkan semua suspek menerima bayaran untuk memudahkan proses keluar masuk warga asing tanpa prosedur sah. Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Johor Bahru pada Isnin untuk permohonan reman.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.