in

“Pasni jangan mintak derma nak buat plastic surgery la hape”- Lelaki Bakar Diri Lepas Gaduh Dengan Teman Wanita Teruk Dikecam Netizen.

FEAT 29

Cinta itu buta, demi cinta sanggup buat apa sahaja meskipun perlu menyeberangi lautan api. Asalkan dapat bersama si dia ku korbankan segalanya.

Itu merupakan madah pujangga yang cliche bagi pasangan bercinta, konon nak buktikan kehebatan cinta mereka. Namun ada yang menganggap semua itu hanya dusta dan janji manis sepanjang tempoh bercinta.

 

Bakar diri sebab kecewa gaduh dengan GF

Sama seperti apa yang dilakukan lelaki ini dalam kejadian di Kampung Bintang, Sitiawan, Manjung Perak.

Menurut hmetro, lelaki berusia 21 tahun ini parah ekoran dikatakan membakar dirinya sendiri selepas bergaduh dengan teman wanitanya.

Malah video pergaduhan lelaki ini dengan teman wanitanya menjadi viral di media sosial dalam sekelip mata berikutan tindakan mengejut lelaki tersebut.

Klik SINI untuk tonton video tersebut.

2 16

Difahamkan kejadian berlaku di tempat letak kenderaan di hadapan rumah berkenaan dan terdapat beberapa saksi ketika kejadian berlaku.

Malah berikutan kejadian tersebut, lelaki dalam video tersebut dikatakan mengalami kesan terbakar hampir 90 peratus pada keseluruhan tubuhnya.

53510655 120858709060551 8894631924304183296 n
Sumber : Facebook

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pukul 7.40 malam.

Katanya hasil siasatan mendapati mangsa dikatakan membakar diri sendiri disebabkan pergaduhan dengan teman wanitanya.

“Mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

“Tempat kejadian juga mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan polis akan menjalankan siasatan menyeluruh.

“Ia termasuk merakam percakapan saksi serta menganalisa rakaman CCTV yang diperoleh,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh diri.

Sementara itu rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki terbabit yang dikatakan bukan sahaja menyusahkan keluarga sendiri malah turut menyusahkan pihak lain.

 

Kau dah kenapa dik oii, bf akak dulu curang 9x apa ade hal

11 8

Jika anda merasai diri anda tak berguna ketahuilah bahawa anda benar

22 4

Kalau korang bergaduh dengan gf korang teruk macam mana pun, tak perlulah sampai menyeksa diri okay!

Baca : Jangan suka semasa cantik je.. Teman Lelaki Berubah Bila Dapat Tahu Berat Badan Teman Wanitanya Naik

LAMA