in

Pasangan Suami Isteri ‘Menginap’ 4 Bulan Dalam Kereta, Hilang Punca Pendapatan Sebab Covid-19

B 2 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada hari ini banyak memberi kesan lebih-lebih kepada sektor ekonomi sehingga ramai pekerja yang diberhentikan.


Kesan dari itu, sepasang suami isteri dari Kampar, Johor terpaksa merelakan diri untuk tinggal di dalam kereta selepas tidak mampu untuk membayar sewa rumah.

B1 12

 

 

Tinggal dalam kereta selepas dibuang kerja

J Rajakumari dan suaminya P Sivagamyselvan, kedua-duanya berusia 45 tahun sebelum ini bekerja sebagai pencuci kereta di Johor Bahru selama lapan tahun terpaksa pulang ke kampung halaman sejak Julai lalu.

Dengan hasrat untuk tinggal di rumah mendiang bapa Rajakumar, namun disebabkan keadaan rumah yang sudah rosak teruk, mereka terpaksa berteduh dan tidur di dalam kereta Proton Iswara milik mereka.

“Kami berdua makan dan mandi di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Kampar kerana tidak mampu menyewa rumah atau hotel. Kami memang tidak selesa dan susah hati kerana tinggal dalam kereta, tambah pula keadaan kesihatan saya tidak berapa baik,”

B 2 10

 

Dapat bantuan rumah baru

Keperitan yang dialami oleh mereka berdua berakhir apabila menerima bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pejabat Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri).

Sementara itu, Nolee Ashilin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan berkata, pihaknya bekerjasama NGO serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan membina sebuah rumah dua bilik untuk pasangan itu.

B2 1 8

 

“Ini adalah tanggungjawab sosial korporat dalam membantu golongan miskin tegar memiliki kediaman yang selesa seterusnya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih sempurna,”

Dalam pada itu, Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman berkata, seramai 32 anggota bomba ditugaskan untuk membina rumah itu yang dijangka siap sepenuhnya sebelum sambutan Deepavali, bulan depan.

Pada masa yang sama, Rajakumar dan Sivagamselvan turut menzahirkan kegembiraan dan berterima kasih kepada pihak yang sudi membantu, lapor Astro Awani.

 

Baca: Lebih 600,000 Orang Hilang Kerja Akibat PKP – Jabatan Perangkaan

B3 6

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.