Admin yakin Kota Paris mesti tersenarai dalam bucket list destinasi percutian kebanyakan daripada korang kan?
Siapalah yang tak tertarik dengan keindahan negara tersebut, pemandangan yang cantik, romantik dan tenang. Pendek kata, ‘Kota Cinta’ ini menjadi pilihan mereka yang ingin berbulan madu.
Namun disebalik ‘keindahan’ bandar romantik ni, tempat ini juga terkenal sebagai ‘kota scam’ dimana para penyeluk saku menjalankan modus operandi mereka untuk mencuri barang-barang pelancong. Buktinya, rakan kepada Farid Jawani & Naufal Bakhudin sendiri dah terkena.
Memang betul lah apa aku baca selama ni. Paris kota scam.
Ketika pemuda ini sedang menikmati percutiannya, barang salah seorang rakannya telah dicuri oleh beberapa individu licik tanpa disedari biarpun ditengah-tengah khalayak ramai.
Ia mula sedari selepas pemuda ini membuka semula rakaman yang diambilnya ketika sedang berjalan menggunakan kamera 360.
Ish padahal simpan elok-elok dalam beg semua tu. Macam mana lah orang ramai boleh tak sedar. Tengok video ni
https://twitter.com/faridjawani/status/1112164632834113536
Video ini menunjukkan sekumpulan wanita ini dah aim lama pada sasarannya iaitu rakan Naufal ni. Sekumpulan wanita berjalan sambil membaluti tubuhnya dengan selendang kemudian buka zip backpack mangsa.
Walaupun dompet hilang, mujurlah passport selamat kerana dia letak di tempat lain. Kalau tak, mesti detik-detik manis berubah menjadi detik hitam pelancong ni.
Alhamdulillah diaorang ada ambil travel insurance sebelum pergi
Ada juga netizen mempertikaikan kenapa tidak ambil tindakan segera bila dah sedar sedang merakam aksi si pencuri itu. Ini respon Farid
Malah mereka juga langsung tak sedar walaupun orang tengah ramai dan dekat sangat. Mereka rasa seolah-olah macam kena pukau.
Aduhai, nasib baiklah ada ambil insurans, kalau tak memang semua yang dah dirancang tu terbantut. Harap lepasni, sesiapa yang akan bercuiti ke Paris mohon ambil langkah berhati-hati dengan lebih lagi.
Baca : ‘Kota Cinta Konon’- Netizen Kongsi Pengalaman Bercuti Di Paris