in

“Parents, take note!” – 6 Siri Animasi Kanak-kanak Yang Ada Elemen LGBT

kartun lgbt

Era dunia tanpa sempadan ini ada baik dan buruknya, buat mereka yang perlukan informasi atau yang sedang belajar, tidak dapat dinafikan ia banyak membantu untuk mengembangkan pengetahuan atau bakat.

Pun begitu, sisi buruknya pula ialah sesiapa sahaja boleh memuat naik content yang negatif ataupun content yang boleh mengundang sesuatu yang lebih buruk seperti pembulian siber atau lebih teruk lagi kes jenayah.

Kebelakangan ini, terdapat banyak gerakan yang menyokong hubungan sejenis seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), walaupun itu adalah pilihan individu tetapi kita tidak boleh mengenepikan ianya salah di sisi Islam.

Gerakan ini juga telah banyak disiarkan dalam media massa termasuklah rancangan kanak-kanak, mungkin ada ibu bapa di luar sana yang tidak mahu mendedahkan perkara itu kepada anak-anak, maka ini adalah antara 6 kartun yang ada elemen LGBT yang mungkin ibu bapa ingin elakkan.

#1 Peppa Pig

FcGIehHaIAAGdNE

Ini merupakan siri rancangan kanak-kanak yang amat popular sekarang, setelah 18 tahun ditayangkan, tahun ini ia memaparkan sebuah episod di mana ada karakter pasangan yang sama jantina.

#2 Lightyear

lightyear banned scene ycfr

Lightyear merupakan filem Disney-Pixar yang memaparkan karakter ikonik Buzz Lightyear dari filem animasi lejen Toy Story.

Bagaimanapun, filem tersebut tidak ditayangkan di Malaysia kerana ada adegan cium kaum sejenis, tetapi filem itu sudah boleh ditonton melalui platform Disney+ Hotstar.

#3 Doc McStuffins 

Two Moms on Doc McStuffins3

Rancangan animasi Disney Junior, Doc McStuffins menyiarkan episod di mana sebuah keluarga di sebuah bandar dilanda gempa bumi dan mereka belajar apa yang perlu dilakukan jika ia berlaku lagi pada masa hadapan.

Keluarga itu terdiri daripada dua orang ibu serta dua orang anak.

#4 The Loud House

images

Siri animasi The Loud House ini menceritakan kisah seorang kanak-kanak lelaki bernama Lincoln Loud yang mempunyai adik-beradik ramai dan kesemuanya perempuan kecuali dirinya.

Salah satu karater dalam siri tersebut bernama Luna menunjukkan dirinya ‘minat’ perempuan dan lelaki, ia menunjukkan seksualiti karater tersebut ialah biseksual.

#5  Steven Universe 

Screen Shot 2018 07 09 at 1.31.09 PM

Steven Universe adalah siri animasi saluran Cartoon Network yang menceritakan kisah hidup Steven, seorang budak lelaki mewarisi batu permata ajaib daripada ibunya.

Bagaimanapun, rancangan kartun tersebut mendahului perwakilan LGBT dalam kartun dan animasi, ia mencipta sejarah pada bulan Julai 2018, apabila rancangan itu menyiarkan adegan melamar perkahwinan sejenis di antara karakter bernama Ruby dan Sapphire.

Jadi, ibu bapa di luar sana kena sentiasa pantau apa yang anak-anak tengok okay? 

Baca: Sean Lee Jadi ‘Voice Actor’ Dalam Animasi Terbaru DC, Bergandingan Dengan Kevin Hart & The Rock!

Sean Lee Voice Actor Dc

Sumber: BFM
Sumber: Mashable
Sumber: LifeSite
Sumber: Facebook
Sumber: Polygon