in

Parent ‘Jual’ Remaja 14 Tahun Pada Stranger Dengan Harga RM168K Mengadu Polis, Polis Hantar Balik

ft kena paksa kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anggota polis dari China berjaya membatalkan majlis perkahwinan remaja 14 tahun yang didakwa ‘dijual’ oleh ibu bapa untuk berkahwin dengan orang tak dikenali dengan harga sekitar RM 165, 500 sebagai mas kahwin.

 

Duit mas kahwin buat beli barang kemas


image

Menurut sumber, remaja itu menelefon polis di daerah Zhongning, wilayah Ningxia semasa hari majlis perkahwinannya pada 24 November lepas dengan mengatakan dia dipaksa kahwin secara haram dan bukan kehendaknya.

Selepas laporan itu dibuat, pihak polis bergegas ke rumah pengantin lelaki yang dikenali sebagai Lee untuk menghentikan majlis tersebut.

Sementara itu, ibu bapa kepada remaja tersebut yang sudah membeli barang kemas dengan duit yang diberikan itu telah memulangkan semula mas kahwin tersebut kepada keluarga pengantin lelaki selepas membuat rundingan, kata polis.

Polis juga sudah pulangkan remaja tersebut kepada ibu bapanya. Atas tindakan itu, biarpun ramai yang puji dengan tindakan pihak polis, ramai juga yang mempertikaikan tindakan mereka kerana ‘memulangkan’ semula remaja tersebut.

Perkara ini seringkali berlaku di kawasan-kawasan luar bandar dan mereka yang menghadapi kemiskinan, dengan insiden ini ramai juga  ibu bapa dari golongan urban marah dan anggap ibu bapa kepada remaja tersebut patut dihukum.

Menurut CNN, satu kajian yang diterbitkan tahun lepas dalam jurnal perubatan The Lancet mendapati bahawa, pada 2015, kadar perkahwinan remaja perempuan berumur 15-19 tahun di kawasan luar bandar China adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada mereka yang sama umur tapi tinggal di bandar, perkara ini lebih mudah berlaku kepada mereka yang berpendidikan rendah.

 

Baca : [Video] Pemuda Pasrah Dipaksa Kahwin Dengan Pilihan Keluarga, Tapi Tak Sangka Rupanya Awek Sendiri

FT KAWIN FINAL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.