in

Papan Tanda ‘Oyen’ Hilang, Ini Respon Zoo Negara

oyen zoo negara hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lalu, berita pengiktirafan seekor kucing yang digelar ‘Oyen’ yang sering kelihatan di kandang Capybara di Zoo Negara menjadi bualan ramai.

Mana tidaknya, ‘pempengaruh’ berkenaan sering digambarkan bersama kawanan Capybara di Zoo Negara tersebut akhirnya diiktiraf dan mendapat tanda namanya sendiri di kandang haiwan berkenaan.


Pun begitu, seorang pengunjung yang berkongsikan video di TikTok baru-baru ini mendapati tanda nama ‘Oyen’ berkenaan telah tiada dan beberapa pengunjung lagi mendakwa tidak melihat kelibat kucing berkenaan di kandang tersebut.

@iamrashidirashid Signboard &oyen dah takde, tapi oyen ada lagi dalam ni tau. Update 1 Julai 2023 #zoonegara #oyen #kucingoyen ♬ Capybara

Pastinya ketiadaan papan tanda berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen sambil tidak kurang juga menjadikan kehilangan tersebut satu jenaka dengan mengatakan kucing berkenaan sedang ‘cuti sakit’, terlewat bangun dan ada juga yang mengatakan ia ‘dibuang’ kerana malas.

AA1dlNsD

Namun, pihak Zoo negara tampil menjelaskan keadaan sebenar tentang ketiadaan papan tanda ‘Oyen’ berkenaan.

Menurut mereka, kucing tersebut masih ada di kawasan Capybara itu, cuma tanda namanya telah patah, dikatakan kerana ada pengujung telah menyepak tanda berkenaan tanpa sengaja.

Tambah pihak Zoo Negara lagi, papan tanda tersebut sedang dibaiki dan akan diletakkan semula setelah siap.

Baca : “Oyen dah femes” – Kisah Oyen Dan Capybara Di Zoo Negara Tular Sampai Luar Negara

oyen dan capybara

Sumber: TRP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.