in

Pantai Cenang Dah Jadi ‘Sendu’ Kurang Pelancong, Netizen Salahkan Kos Makin Mahal?

Hak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pulau Langkawi boleh dikatakan sentiasa menjadi destinasi pelancongan utama oleh semua lebih-lebih lagi dalam kalangan rakyat Malaysia kerana terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sana.

Dengan keindahan pulau yang cantik dan mempunyai pelbagai coklat yang menarik diimport dari seluruh dunia, ramai pelancong yang berpusu-pusu untuk melawat pulau tersebut lebih-lebih lagi para ibu bapa yang membawa anak-anak bercuti semasa cuti persekolahan.


Namun, baru-baru ini tular di media sosial berkenaan sebuah tempat di Pulau Langkawi yang dilihat agak sedih untuk dilihat oleh netizen.

Pantai Cenang dah jadi ‘sendu’ kurang pelancong

Video yang berdurasi 56 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan suasana di Pantai Cenang yang kelihatan lengang dan kurang pelancong sebelum ini.

@khair.aljufri

Pantai Cenang dh jadi Pantai Lengang? #fyp #Langkawi #PantaiCenang

♬ original sound – Khair Aljufri – Khair Aljufri

“Pantai Cenang, Langkawi…Apa sudah jadi? Tak ada orang.. dah jadi Pantai Lengang..”

Menerusi video itu, lelaki tersebut dikatakan berada di Pantai Cenang pada hari yang lepas dan mendapati kawasan tersebut sangat lengang dan mempersoalkan mengapa perkara ini berlaku.

“Sabtu malam Ahad…Kosong…Semua pakat pergi Thailand…”

Netizen kata kos makin mahal punca ramai taknak melancong ke Pulau Langkawi?

Video tersebut meraih perhatian netizen dengan rata-rata daripada mereka mengatakan bahawa kos untuk melancong ke Pulau Langkawi semakin mahal dan tidak berbaloi untuk dilawat.

Ada juga yang membandingkan harga lokasi perlancongan yang lain dan lebih berbaloi seperti Mersing dan negara jiran kita iaitu Thailand.

Screenshot 2022 10 03 At 3.57.48 Pm

Screenshot 2022 10 03 At 3.58.02 Pm

Screenshot 2022 10 03 At 3.58.24 Pm

Korang rasa Pulau Langkawi sekarang kos makin mahal ke?

Baca: Generasi Ke-7 Dah Kembali? Ini Asal Usul Kisah Mahsuri & Mengapa Langkawi Disumpah 7 Keturunan

Screenshot 2022 10 03 At 4.02.08 Pm

 

 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.